Ekologi | FAKULTI SAINS

Ekologi



Kajian dalam biologi marin dan ekologi melibatkan sekumpulan saintis daripada Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM dan universiti-universiti tempatan lain serta ahli-ahli biologi dan ekologi antarabangsa dalam bidang marin, air tawar dan darat. Penyelidikan tumpuan merangkumi genetik individu organisma hingga proses-proses fungsian di dalam ekosistem marin tempatan. Penyelidikan yang meluas ini menyediakan peluang untuk menerangkan isu-isu baru dan topikal berkaitan dengan persekitaran marin tempatan dan juga menyumbang kepada sains ekosistem marin tropika. Aktiviti-aktiviti penyelidikan melibatkan pemerhatian dan eksperimen di lapangan dan persekitaran makmal. Ini termasuk penemuan dan pemahaman terhadap biologi asas tumbuhan dan haiwan marin, kajian dalam makmal dengan persekitaran terkawal seperti kajian tingkah laku, perkembangan, biokimia dan kajian ekofisiologi hidupan marin (cth. ikan, udang, ketam, plankton) dan spesis tumbuhan (cth. bakau, rumpai laut dan rumput laut) dan fungsi serta interaksi antara mereka dalam komuniti marin. Ini melibatkan perkembangan tumbuhan marin sebagai penunjuk kualiti air, kesan pengayaan nutrien kepada flora marin, peranan pengikatan nitrogen dan pengurangan sulfat dalam pertumbuhan flora marin, respon karbohidrat dan fluorescent flora marin terhadap perubahan cahaya dan regim nutrien serta kesan pengayaan nutrien kepada sistem marin tropika, sistematik dan dinamik organisma bentik dan planktonik dalam ekosistem bakau dan rumput laut, kajian toksikologi ke atas ekosistem pantai termasuk bakau dan rumput laut, parasitologi marin dan teknik-teknik di dalam industri biologi marin dan air tawar, dan pemuliharaan marin.

Senarai Pakar

Prof. Dr. Ahmad Ismail

Prof. Madya Dr. Yap Chee Kong

Dr. Syaizwan Zahmir Zulkifli

Dr. Shahrizad Yusof

Dr. Nor Azwady Abd. Aziz

Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim

Prof. Madya Dr. Rusea Go

Dr. Shamarina Shohaimi

Dr. Mohammad Noor Amal Azmai

Dr. Meenakshii a/p Nallapan

Kemaskini:: 23/11/2016 [hajaralias]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcXAc~