STATISTIK | FAKULTI SAINS
» STATISTIK

STATISTIK

STATISTIK

Penyelidikan dalam bidang statistik merangkumi Regresi Teguh ,  Teori Nilai Ekstrim, Pemodelan Bayesian dan Inferen, Analisis Multivariat, Analisis Mandirian dan  Siri Masa. Tumpuan utama penyelidikan dalam Statistik Teguh berkaitan dengan kaedah teguh berdiagnostik dan penganggaran teguh parameter dalam model linear, taklinear, logistic, linear teritlak dan permukaan sambutan, apabila data tercemar dengan titik terpencil.   Kaedah Teguh Pemilihan Pembolehubah, Kawalan Proses Berstatistik Teguh dan kaedah teguh keatas data panel juga merupakan penyelidikan dalam statistik teguh. Manakala, teori nilai ekstrim digunakan untuk pemodelan siri data ekstrim bagi proses fizikal yang telah diperhatikan. Analisis Bayesian adalah prosedur statistik di mana kita menggabungkan maklumat terdahulu mengenai parameter populasi dengan bukti daripada maklumat yang terdapat di dalam sampel untuk memberi panduan dalam proses inferen statistik.  Penyelidikan dalam Analisis Multivariat tertumpu kepada  penggunaan dalam penyelidikan teknik multivariat seperti pemodelan regresi, analisis pembezalayan, komponen prinsipal, analisis faktor, analisis kelompok, pemodelan struktur dan lain-lain.  Analisis Mandirian merangkumi pelbagai kaedah untuk menganalisis data di mana pemboleh ubah adalah masa sehingga berlakunya sesuatu peristiwa dan data biasanya tidak lengkap atau tertapis. Pemodelan Siri Masa adalah berguna untuk meramal pelbagai fenomena, manakala pemodelan ruang merujuk kepada pemodelan fenomena rawak ke atas satah terhingga dua dimensi.

 

Senarai Pakar

Prof. Dr. Noor Akma Binti Ibrahim | Google Scholar 
Prof. Dr. Habshah Midi | Google Scholar 
Prof. Madya Dr. Mohd Rizam Bin Abu Bakar | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Jayanthi Arasan | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Mohd Bakri Adam | Google Scholar 
Dr. Lim Fong Peng | Google Scholar
Dr. Mohd Shafie Mustafa | Google Scholar
Dr. Norhaslinda Ali | Google Scholar
Dr. Hani Syahida Zulkafli  | Google Scholar
Dr. Nur Haizum binti Abdul Rahman | Google Scholar 
Dr. Syafrina binti Abdul Halim | Google Scholar
Dr. Wendy Ling Shin Yie | Google Scholar
Puan Nazihah Mohamed Ali  | Google Scholar
 
 
 

 

 

 

Kemaskini:: 21/01/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SWMIBAr:01:06