Prospek Kerjaya & Alumni | FAKULTI SAINS
» JABATAN » Matematik dan Statistik » Prospek Kerjaya & Alumni

Prospek Kerjaya & Alumni

PROSPEK KERJAYA

 

Prospek kerjaya mengikut bidang pengajian yang ditawarkan di Jabatan Matematik dan Statistik adalah seperti berikut:

BACELOR SAINS MATEMATIK DENGAN KEPUJIAN

Graduan Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya kerjaya sebagai pegawai bank, penganalisis pasaran saham, penganalisa kewangan dan pelaburan, pegawai pentadbiran, penganalisa kredit, guru dan pensyarah.

Selain itu, terdapat graduan yang sedang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, Credit Bureau Malaysia, Business Consulting, CBRE Asia Pacific Business Services, Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd, Celcom Axiata Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat siswazah samada di universiti dalam negara atau luar negara.

BACELOR SAINS STATISTIK DENGAN KEPUJIAN

Graduan Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya kerjaya sebagai jurutera kawalan kualiti, jurutera perisian komputer, penganalisis pasaran saham, penganalisa kewangan dan pelaburan, pegawai pentadbiran, pegawai penyelidik, penganalisa data, guru dan pensyarah.

Selain itu, terdapat graduan yang sedang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, Credit Bureau Malaysia, Business Consulting, CBRE Asia Pacific Business Services, Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd, Celcom Axiata Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat siswazah samada di universiti dalam negara atau luar negara.

PROGRAM BACELOR SAINS MATEMATIK DENGAN PENDIDIKAN (KEPUJIAN)

Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian) mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya, guru matrikulasi, guru sekolah, dan penyelidik. Selain itu, graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat siswazah samada di universiti dalam negara atau luar negara.

PROGRAM BACELOR SAINS STATISTIK DENGAN PENDIDIKAN (KEPUJIAN)

Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian) mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya, guru matrikulasi, guru sekolah, dan penyelidik. Selain itu, graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat siswazah samada di universiti dalam negara atau luar negara.

 

ALUMNI

 

Kemaskini:: 19/04/2022 [amir_hamzah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SWMIBA0~