Program Pasca Siswazah | FAKULTI SAINS
» JABATAN » Matematik dan Statistik » Program Pasca Siswazah

Program Pasca Siswazah

Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains menawarkan empat (4) program siswazah:
  • Doktor Falsafah
  • Master Sains (Penyelidikan dengan Tesis)
  • Master Sains Matematik
  • Master Statistik Gunaan

MASTER SAINS DAN DOKTOR FALSAFAH

Program-program Master Sains (M.S.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) dibentuk untuk memberi calon-calon latar belakang yang kukuh dalam sains asasi melalui kerja kursus dan kajian yang mendalam mengenai masalah penyelidikan yang spesifik. Bilangan kredit minimum untuk program Master Sains adalah 6 manakala untuk program Doktor Falsafah adalah 9. Seseorang calon untuk ijazah Master Sains atau Doktor Falsafah harus mengikuti satu kursus penyelidikan  dibawah penyeliaan seorang pegawai akademik di Fakulti. Calon harus membentangkan tesis dengan tajuk berkaitan dengan bidang penyelidikan beliau yang merangkumi keputusan-keputusan penyelidikan asli dan harus memberi bukti mengenai biasiswa berperingkat tinggi. 

Bidang penyelidikan untuk program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah adalah seperti berikut:-

 

 

MASTER STATISTIK GUNAAN

Master Statistik Gunaan ialah program siswazah berkredit sebanyak 42 kredit dengan kerja kursus. Program in menghasilkan pelajar dengan pengetahuan lanjutan dan kepakaran profesional melalui kerja kursus yang diikuti beserta aplikasi. Ianya mendedahkan pelajar kepada pembaharuan terkini di dalam bidang Statistik Gunaan.  Tujuan program ini ialah bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berskil dalam pelbagai bidang statistik dan juga menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dan pembangunan kerjaya di dalam bidang statistik. 

Program ini menawarkan kurikulum yang memberikan pendekatan seimbang di antara latihan dan pendidikan statistik profesional. Kursus yang ditawarkan tidak sahaja meliputi pelbagai bidang statistik gunaan tetapi juga teori statistik yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan tambahan di dalam statistik.   Graduan di dalam bidang  ini berpeluang di dalam bidang kerjaya seperti perancang pelan, pengurusan, penyelidikan, akademik dan bidang industry yang berkaitan. Pelajar Master Statistik Gunaan mungkin boleh menamatkan program pengajiaan dalam jangkamasa terpendek iaitu selama tiga semester dan maksimum adalah tiga tahun (enam semester).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Master Statistik Gunaan, sila klik DI SINI

Kemaskini:: 02/10/2023 [amir_hamzah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdMAm~