Program Pasca Siswazah | FAKULTI SAINS
» JABATAN » Fizik » Program Pasca Siswazah

Program Pasca Siswazah

Program Pasca Siswazah di Jabatan Fizik ditawarkan melalui dua mod iaitu program melalui penyelidikan dan program melalui kerja kursus. Untuk program melalui penyelidikan, dua program ditawarkan iaitu Master Sains dan Doktor Falsafah. Untuk program melalui kerja kursus, satu program ditawarkan iaitu Master Fizik Bahan.

 

PROGRAM MELALUI PENYELIDIKAN: MASTER SAINS DAN DOKTOR FALSAFAH

Program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah di Jabatan Fizik direka untuk memberi calon satu latar belakang yang kukuh dalam bidang sains asas dengan kursus dan menjalankan kajian yang mendalam dalam masalah penyelidikan tertentu terutamanya berteraskan ilmu Fizik. Keperluan kredit minimum untuk program Sarjana Sains ialah 9 manakala bagi program Doktor Falsafah ialah 12. Calon untuk ijazah Sarjana Sains atau Doktor Falsafah hendaklah mengikuti kursus penyelidikan di bawah penyeliaan langsung oleh kakitangan akademik di Jabatan. Calon mesti membentangkan satu tesis mengenai tajuk yang berkaitan dalam bidang pengajian yang diceburi di mana ia hendaklah merangkumi hasil penyelidikan asal dan memberi sumbangan dalam bidang penyelidikan pada tahap tinggi.

Bidang pengajian yang ditawarkan untuk program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah adalah seperti berikut:

 

Terdapat juga bidang penyelidikan guna sama yang diselia oleh kakitangan akademik Jabatan seperti berikut:

  • Bahan Termaju
  • Data Sains
  • Fizik Matematik dan Kejuruteraan
  • Fizik Perubatan
  • Kejuruteraan Bahan
  • Kejuruteraan Biomedik
  • Kejuruteraan Elektronik
  • Kejuruteraan Fotonik
  • Kejuruteraan Perisian
  • Nanobioteknologi
  • Nanoperubatan
  • Nanosains
  • Pemprosesan Signal
  • Perkomputeran Elektromagnet
  • Teknik Komputasi dalam Kejuruteraan
  • Teknologi Sensor
  • Tenaga

 

Permohonan kemasukan dan maklumat lanjut berkaitan Program Pasca Siswazah boleh dilakukan di laman web Sekolah Pengajian Siswazah UPM melalui link berikut:

BAKAL PELAJAR | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (upm.edu.my)



PROGRAM MELALUI KERJA KURSUS: MASTER FIZIK BAHAN

Master Fizik Bahan ialah Master Sains Kerja Kursus pertama yang ditawarkan oleh Jabatan Fizik bermula Semester 1 2021/2022. Master Fizik Bahan adalah program siswazah secara kerja kursus dengan 40 kredit termasuk 6 kredit disertasi (3 kredit untuk setiap semester). Objektif program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam fizik bahan. Program ini menawarkan peluang untuk pengajian lanjutan dan perkembangan kerjaya dalam bidang berkaitan. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan pendekatan konvensional dan moden meliputi kuliah, tutorial, kerja amali, projek dan tugasan, kajian kes, seminar, ulasan kritikal dan disertasi. Pelajar boleh menamatkan pengajian program ini dengan tempoh minimum 2 semester dan maksimum 6 semester. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hujung minggu atau petang hari minggu untuk kemudahan bagi mereka yang mempunyai komitmen kerja. Maklumat pendaftaran, garis panduan, dan syarat program ini boleh didapati disini.

 

Kemaskini:: 18/12/2023 [mohdamir]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETHAA~