Program Pra Siswazah | FAKULTI SAINS
» JABATAN » Kimia » Program Pra Siswazah

Program Pra Siswazah

 
Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia menawarkan empat program pengajian peringkat ijazah sarjana muda: Bacelor Sains Kimia Dengan Kepujian, Bacelor Sains Kimia Perindustrian Dengan Kepujian, Bacelor Sains Kimia Petroleum Dengan Kepujian dan Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan (Kepujian).  Jabatan Kimia telah menerima akreditasi berprestij daripada Royal Society of Chemistry (RSC) United Kingdom untuk tiga daripada empat program tersebut pada 5hb Januari 2016, iaitu bagi program-program Bacelor Sains Kimia Dengan Kepujian, Bacelor Sains Kimia Perindustrian Dengan Kepujian dan Bacelor Sains Kimia Petroleum Dengan Kepujian.  Ini membuatkan ketiga-tiga program di Jabatan Kimia ini diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Di samping itu, program Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan (Kepujian) telah dirangka dengan teliti sehingga menarik minat ramai pelajar-pelajar untuk menyertai program tersebut setiap tahun.  Kesemua program-program ini sentiasa dikaji semula setiap 5 tahun untuk memastikan kurikulum program-program tersebut adalah terkini selari dengan perkembangan semasa di dalam bidang kimia.  Butiran mengenai keempat-empat program tersebut boleh didapati melalui pautan-pautan di bawah.
 
 
BACELOR SAINS KIMIA DENGAN KEPUJIAN

 
BACELOR SAINS KIMIA PERINDUSTRIAN DENGAN KEPUJIAN

 
 
BACELOR SAINS KIMIA PETROLEUM DENGAN KEPUJIAN

 
BACELOR SAINS KIMIA DENGAN PENDIDIKAN (KEPUJIAN)

Kemaskini:: 12/01/2024 [adib.yusof]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
WXCVNAa~