Pengenalan | FAKULTI SAINS
» JABATAN » Matematik » Pengenalan

Pengenalan



Misi Jabatan Matematik ialah menjadi penyumbang teladan bagi sektor pendidikan berasaskan penyelidikan dan pengajaran berinovasi bagi matematik moden dan di dalam mengejar keunggulan di dalam penyelidikan matematik dan statistik. Jabatan menyediakan latihan yang tertumpu kepada bidang penyelidikan terkini disamping menjalin dan menyokong kecemerlangan. Keunggulan hasilan adalah dibuktikan dengan sumbangan bertekalan terhadap pelbagai jurnal kesarjanaan oleh kakitangan akademik dan melalui prestasi terhadap kerja perundingan. Jabatan memunyai minat mendalam terhadap banyak bidang sains matematik, termasuklah aljabar, analisis berangka, matematik kewangan, persamaan perbezaan, teori graf, teori kebarangkalian, analisis mandirian, analisis ruang dan siri masa, rekabentuk ujikaji dan statistik teguh. Jabatan juga menjalankan kerja penyelidikan yang menyokong di dalam pembangunan teori sains matematik, seterusnya menstimulasikan antara disiplin kegunaan matematik dan statistik di dalam bidang sains, kejuruteraan dan bidang-bidang lain. Di samping itu, kolaborasi dengan felo pasca siswazah, cendikiawan pelawat, dan siswazah dan prasiswazah, Jabatan juga menikmati kolaborasi rapat dengan hubungan dengan jabatan dan institusi penyelidikan di dalam negara dan antarabangsa. Kebanyakan kakitangan jabatan adalah bersekutu dengan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM).





Peta Lokasi











 

 

Kemaskini:: 10/10/2017 [khairulhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
B1566707553