FISIOLOGI TUMBUHAN | FAKULTI SAINS
» FISIOLOGI TUMBUHAN

FISIOLOGI TUMBUHAN

FISIOLOGI TUMBUHAN

Penyelidikan dalam domain ini menggunakan pendekatan asas, gunaan dan integrasi molekul, sel dan sistem bagi mengkaji fisiologi haiwan dan tumbuhan dalam keadaan semulajadi dan patologi. Penyelidikan tumpuan merangkumi pelbagai bidang dari teknik pengkulturan sel dan tisu hingga model haiwan dan pengkajian patofisiologi manusia. Skop penyelidikan bagi sub-domain Fisiologi Haiwan termasuk fisiologi sel, fisiologi sistem endokrin, neurotoksikologi dan patofisiologi. Sub-domain Fisiologi Tumbuhan mengkaji kesan-kesan faktor persekitaran, penuaan dan kandungan metabolit kepada pelbagai aspek tumbesaran tumbuhan, tindak balasnya kepada keamatan cahaya dan keperluan nutrisi. Kajian genetik yang menjurus kepada perkembangan tumbuhan klon dan transgenik juga dilakukan. Pengetahuan tentang fisiologi tumbuhan digunakan untuk membantu dalam kemajuan amalan pertanian dan agro-teknologi termasuk penemuan dadah yang merangkumi cerakinan dan pengasingan metabolit daripada tumbuhan, kaedah untuk meningkatkan kepekatan metabolit dan mod tindakan metabolit tersebut dalam kajian terapeutik, penilaian toksikologi asas, kegunaan fitofarmaseutikal dan nutraseutikal, farmakogenomik, dan toksikogenomik.


Senarai Pakar

Prof. Madya Dr. Rosimah Nulit | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Faridah Qamaruz Zaman | Google Scholar
Dr. Hishamuddin Omar | Google Scholar
Dr. Shahrizim Zulkifly | Google Scholar
Dr. Mohd Hafiz Ibrahim | Google Scholar

Kemaskini:: 19/09/2018 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdXAx~