Pemangkinan | FAKULTI SAINS
» Pemangkinan

Pemangkinan

 

Keperluan teknologi pemangkin untuk menyelesaikan masalah kontemporari alam sekitar dan industri adalah jelas dan akan menjadi lebih penting lagi di alaf baru. Pemangkin digunakan secara meluas dalam pengeluaran bahan kimia, pengeluaran kuasa, proses penapisan, penukaran gas asli,sintesis kiral, kimia pertanian, proses farmaseutikal, polimer dan pengeluaran bahan, dan bioteknologi. Kesan ekonomi pemangkinan mungkin boleh digambarkan oleh fakta yang terdapat dalam negara perindustrian dimana pemangkinan heterogen menyumbang antara 20-25% daripada hasil negara kasar. Banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat dinegara ini, seperti keperluan untuk mewujudkan keseimbangan pengeluaran industri dengan alam sekitar, penggunaan bahan api dengan lebih bijak , pengeluaran tenaga lebih ekonomi dan pengurangan pengeluaran gas CO2 dan gas rumah hijau lain, memerlukan penyelesaian di mana pemangkin memainkan peranan yang penting.

Selain dari itu, pembangunan pemangkin baru dan proses pemangkinan akan memberi peluang kepada proses kimia baru yang selanjutnya akan mengurangkan produk-sampingan atau bahan buangan. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang fenomena dalam pemangkinan, pada peringkat molekul dan kinetik tindak balas peringkat asas. Minat penyelidikan semasa adalah dalam oksida dan pemangkinan oksida campuran, fotopemangkinan, pemangkinan reformasi, biopemangkinan,pemangkinan heterogen dan homogeny.

RESEARCH PROGRAMME

RESEARCH GROUPS

EXPERTS

Catalysis

Leader

Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

PutraCAT

Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

Assoc. Prof. ChM. Dr. Irmawati Ramli

ChM. Dr. Mohd Izham Saiman

Dr. Ernee Noryana Muhamad

Dr. Tan Yen Ping

 

Green Catalysis

Assoc. Prof. ChM. Dr. Irmawati Ramli

Dr. Ernee Noryana Muhamad

ChM. Dr. Mohd Izham Saiman

Dr. Siti Mariam Mohd Nor

Dr. Tan Yen Ping

 

Kemaskini:: 02/11/2022 [naszroul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdUAw~