ENTITI KAMI | FAKULTI SAINS
» ENTITI KAMI » Pengenalan

Pengenalan

 

 

Jabatan Biologi merupakan salah satu daripada empat jabatan asas yang membentuk Bahagian Sains Asas pada tahun 1972. Jabatan Biologi tetap kekal sebagai sebuah Jabatan di bawah Fakulti Sains walaupun setelah Fakulti Sains melakukan beberapa proses penstrukturan. Matlamat utama Jabatan Biologi adalah sejajar sepertimana misi serta visi FS dengan tumpuan bidang utama Jabatan ialah kajian biodiversiti. Penerokaan kepelbagaian bidang ilmu membolehkan Jabatan Biologi mempunyai pelbagai kerjasama di dalam dan luar negara. Jabatan mempunyai jaringan bidang biologi bersama Kagoshima University; Japan Asia Atmosphere and Ocean Research Institute (The University of Tokyo) Jepun, Ewha Women University, Korea, Institut Pertanian Bogor serta LIPI, Indonesia dan National Cheng Kung University of Taiwan. Jaringan penyelidikan yang ampuh bersama JSPS, ACORE dan CCore-RENSEA,  MNS, BirdLife Interational dan IAEA juga telah dibentuk. Selain itu jaringan bersama industri juga direalisasikan bersama Country Garden Pacific View Sdn Bhd, Petronas Chemical Group, All Cosmos Sdn. Bhd dan The Coca-Cola.

 

Kemaskini:: 20/04/2022

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETOAM~