Sejarah | FAKULTI SAINS
» MENGENAI KAMI » Sejarah

Sejarah

Fakulti ini pada mulanya ditubuhkan sebagai Bahagian Sains Asas pada tahun 1972. Objektifnya ialah untuk menawarkan kursus-kursus sains asas yang dituntut oleh fakulti-fakulti lain di Universiti. Pada tahun 1975, status bahagian telah dinaiktarafkan kepada fakulti, dan diberi  Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar.

Semenjak itu, fakulti telah melalui beberapa proses penstrukturan semula, termasuk penubuhan Jabatan Sains Alam Sekitar dan Jabatan Sains Komputer yang kemudiannya dinaiktarafkan, membentuk dua fakulti baru. Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi telah dipindahkan menjadi Fakulti Sains Bioteknologi dan Biomolekul. Semenjak penstrukturan tersebut, fakulti ini telah dinamakan semula sebagai Fakulti Sains pada tahun 2004.

Kemaskini:: 01/12/2014 [nashrin]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566710271