Fakulti Sains Anjur Program Motivasi Sempena Kemerdekaan: “Be Your Best, Do Your Best & Achieve The Best’ | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Fakulti Sains Anjur Program Motivasi Sempena Kemerdekaan: “Be Your Best, Do Your Best & Achieve The Best’

Fakulti Sains Anjur Program Motivasi Sempena Kemerdekaan: “Be Your Best, Do Your Best & Achieve The Best’

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2021 ke 64 tahun yang disambut serba sederhana di seluruh negara dengan norma baharu akibat Pandemic COVID 19 sejak Mac 2020, Fakulti Sains UPM tidak ketinggalan untuk meraikannya walaupun tidak disambut dengan perarakan bendera serta laungan merdeka.

Lantaran amalan sambutan Hari Kemerdekaan secara kebiasaan sebelum ini bertukar suasana akibat pandemik COVID-19 yang masih belum reda, Fakulti Sains mengambil inisiatif memenuhi semangat kemerdekaan dengan menganjurkan sesi motivasi untuk menyuntik semula semangat kerja warga Fakulti Sains, UPM dalam mengharungi suasana kerja serta menarik perilaku staf dan pegawai daripada sifat kebiasaan kepada norma baharu yang mungkin agak sukar pada awalnya.

 

 

 

Dengan tajuk perkongsian ilmu “Be Your Best, Do Your Best & Achieve the Best” (Menjadi yang terbaik, Buat yang terbaik, Capai yang terbaik) yang disampaikan oleh tokoh motivasi yang tidak asing lagi di kalangan warga UPM, Ybhg. Prof Emeritus Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman atau mesra dengan panggilan ‘Pak Sheikh’. Banyak tips-tips menarik dan curahan ilmu yang disampaikan oleh Pak Sheikh dalam menyuntik semula semangat kerja warga kerja Fakulti Sains dalam menjalankan tugas masing-masing.

Program tersebut yang di jalankan secara dalam talian pada 30 Ogos 2021 telah di hadiri oleh lebih 100 orang staf dan pegawai kategori pengurusan, akademik dan kumpulan pelaksana Fakulti Sains.

 

Disediakan oleh: Sabri Omar & Noor Nashrin Arlina Anas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
BUKWQA:16:09