“Future Biologist Caliphs 5.0 Perkasa Anak Muda Dengan Ilmu Biologi Dan Nilai Islamik” | FACULTY OF SCIENCE science
» NEWS » “Future Biologist Caliphs 5.0 Perkasa Anak Muda dengan Ilmu Biologi dan Nilai Islamik”

“Future Biologist Caliphs 5.0 Perkasa Anak Muda dengan Ilmu Biologi dan Nilai Islamik”

Oleh: Dr. Shahrizim Zulkifly, Nurul Iffah Abdul Rahim, Siti Fatimah Az-Zahra Nur Anbiah, Nor Azra Farisha Mohd Azam, Nur Alia Najwa Asrin Yusairi, Nur Alia Budin

 

 

SERDANG, 26 Mei – Seramai 54 orang pelajar Tingkatan 1 Sri Ayesha Islamic School telah menyertai program Future Biologist Caliphs 5.0 yang berlangsung di Jabatan Biologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini. Program anjuran Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Fakulti Sains UPM ini bertujuan membina kemahiran insaniah asas dalam kalangan peserta melalui aktiviti berasaskan ilmu biologi yang diselitkan unsur islamik. Program ini turut memupuk kesedaran terhadap aplikasi ilmu tersebut dalam kehidupan harian dan kerjaya masa hadapan.

 

 

Program kali ini dikendalikan oleh 45 orang Ahli Jawatankuasa Future Biologist Caliphs 5.0 dengan tema “Caliphs Epilogue: The Caliph-ologist”. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Biology Star GalleryYoung Caliphs BioEpic Adventure dan Inquisitive Minds World.

 

Menurut Pengarah Program, Nurul Iffah Abdul Rahim, penganjuran kali ini berjaya menarik minat para peserta terhadap dunia biologi melalui pendekatan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.

Sementara itu, guru pengiring, Encik Azri Mohd Zulkipli, mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang bermanfaat dengan pengurusan yang teratur serta pengisian aktiviti yang menarik.

“Para pelajar memperoleh pengalaman baharu, khususnya dalam pembelajaran penggunaan mikroskop dan pemerhatian sel bawang yang merupakan topik baharu bagi sebahagian pelajar. Aktiviti di makmal turut memberi pendedahan secara langsung dan berjaya meningkatkan minat mereka terhadap sains,” katanya.

 

Biology Star Gallery membuka tirai program dengan pengenalan tokoh-tokoh Islam dalam bidang biologi, kuiz ringkas serta perkongsian fakta menarik berkaitan ilmu tersebut.

Seterusnya, Young Caliphs BioEpic Adventure menguji kecergasan dan daya fikir peserta melalui permainan berkonsepkan treasure hunt di lima lokasi berbeza, manakala Inquisitive Minds World memberi peluang kepada peserta menjalankan eksperimen biologi berpandukan demonstrasi yang dikendalikan oleh jawatankuasa program.

Program ini diharap dapat terus memberi inspirasi dan mendorong generasi muda mendalami ilmu sains, selaras dengan usaha memupuk minat terhadap bidang STEM. – UPM

 

Date of Input: 03/07/2025 | Updated: 03/07/2025 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
X, (04:04:48am-04:09:48am, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]