Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar , Pelajar Fakulti Sains Terima Biasiswa Yang Dipertuan Agong Tahun 2021 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar , pelajar Fakulti Sains terima Biasiswa Yang Dipertuan Agong Tahun 2021

Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar , pelajar Fakulti Sains terima Biasiswa Yang Dipertuan Agong Tahun 2021

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Pelajar Fakulti Sains , Universiti Putra Malaysia antara tiga pelajar yang terpilih menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA). Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar merupakan pelajar peringkat Sarjana (Master) bidang Analytical Chemistry.

 

 

Turut menerima biasiswa yang sama adalah pelajar Fakulti Perubatan Veterinar peringkat PhD, Mogesh a/l Sababathy dan pelajar Fakulti Pertanian peringkat Sarjana (Master) Nur Amirah Syafiqah Salman. Biasiswa dikurniakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad S hah Al-Musta’in Billah.

 

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berharap dengan penerimaan BYDPA oleh tiga pelajar UPM itu akan menjadi contoh serta inspirasi kepada pelajar UPM yang lain.

 

Oleh : Noor Nashrin Arlina Anas

 

 

Date of Input: 17/03/2022 | Updated: 17/03/2022 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEUVAh~