PELAJAR FAKULTI SAINS MENANG PERTANDINGAN VIDEOGRAFIK TERBUKA PELAJAR IPT SEMPENA HARI STATISTIK NEGARA 2020 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » PELAJAR FAKULTI SAINS MENANG PERTANDINGAN VIDEOGRAFIK TERBUKA PELAJAR IPT SEMPENA HARI STATISTIK NEGARA 2020

PELAJAR FAKULTI SAINS MENANG PERTANDINGAN VIDEOGRAFIK TERBUKA PELAJAR IPT SEMPENA HARI STATISTIK NEGARA 2020

PUTRAJAYA, 26 Feb 2021 - Sempena Hari Statistik Negara 2020 yang julung kalinya disambut  bersekali dengan Hari Statistik Sedunia , Jabatan Statistik Malaysia telah menganjurkan pelbagai program yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Antara program yang telah dianjurkan yang melibatkan institut pengajian tinggi adalah pertandingan Videografik Terbuka Pelajar IPT dengan bertemakan “Connecting The World With Data We Cn Trust” yang mendapat penyertaan di kalangan pelajar IPT .

 

Seiring dengan matlamat melahirkan generasi yang bukan sahaja berpendidikan tetapi aktif di luar kampus, Fakulti melahirkan rasa bangga dengan pencapaian para pelajarnya dan mengucapkan tahniah kepada Sarah Edna Mohd Faisol,  yang telah merangkul tempat pertama dan juga Muhammad Harith Danial, Nur Irdina Husna & Abdul Mu’iz masing-masing menduduki tempat ketiga  dalam pertandingan videografik terbuka pelajar IPT sempena Hari Statistik Negara dan World Statistics Day 2020 yang telah diadakan sekitar bulan Oktober 2020.

Sambutan Hari Statistik Sedunia di Malaysia telah disambut mulai 2010 namun buat julung kalinya pada tahun 2017, Hari Statistik Negara telah diisytiharkan dan disambut secara tahunan pada setiap 20 Oktober bermula 20 Oktober 2017. 

Date of Input: 10/03/2021 | Updated: 10/03/2021 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEZTA3~