Sebarang pertanyaan mengenai lawatan (rasmi) bolehlah dibuat kepada : Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Tel:+603-9769 1197 emel:syam@upm.edu.my / fs.enquiry@upm.edu.my
Pemohon bolehlah memajukan permohonan beserta CV lengkap kepada Pejabat Pendaftar,Universiti Putra Malaysia
Sebarang pertanyaan berkenaan analisis sampel boleh dibuat kepada Pegawai Sains dari mana-mana Jabatan yang menyediakan perkhidmatan.
Terdapat 2 program; Bacelor Sains yang mempunyai 9 major dan Bacelor Sains dengan Pendidikan yang mempunyai 5 major. Terdapat 3 program pascasiswazah (Master Sains dan Master Statistik Gunaan dan Doktor Falsafah) yang ditawarkan oleh fakulti.
Pemohon yang mempunyai kelayakan akademik bolehlah memohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU)Kementerian Pengajian Tinggi atau mohon terus di Kemasukan dan Rekod Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Bagi program pasca siswazah (Master dah Doktor Falsafah), pemohon harus memohon melalui Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.
Bacelor Sains (Kepujian) mengambil masa lebih kurang 3 tahun (6 semester) manakala Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) adalah 4 tahun (8 semester).
Tempoh masa minima bagi program Master Sains ialah 4 semester dan bagi program PhD ialah 6 semester
Sekali setahun pada semester pertama setiap sesi pengajian iaitu pada bulan September setiap tahun.
Kemaskini:: 20/11/2020 [nashrin]
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :