17 Staf Fakulti Sains Dianugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM 2019 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 17 Staf Fakulti Sains Dianugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM 2019

17 Staf Fakulti Sains Dianugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM 2019

Berita oleh: Sabri Omar

Sebagai mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan kepada Universiti dan Fakulti sepanjang tahun 2019, seramai 17 orang pegawai Fakulti Sains yang terdiri dari pegawai akademik dan pelaksana telah dikurniakan Anugerah Perkidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2019.

Penerima tersebut dipilih melalui penilaian prestasi sasaran kerja tahunan (SKT) tahun 2019 diperingkat Fakulti dan seterusnya diperakui pada peringkat Universiti.

Semua penerima anugerah menerima saguhati berupa wang tunai bernilai RM1000.00 dan sijil perhargaan. Penerima sepatutnya diraikan pada Majlis Gemilang Putra (MGP) yang merupakan acara tahunan Universiti bagi menghargai staf dan pegawai melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra dan Jasamu Dikenang.

 

Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara serta  keadaan yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah bersetuju secara prinsipnya agar Majlis Gemilang Putra (MGP) UPM bagi tahun 2020 dibatalkan.

 

Walaubagaimanapun, hanya penyerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada wakil penerima APC dilaksanakan secara bergilir mengikut Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta mengikut garis panduan (SOP) keselamatan yang ditetapkan.

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, semuga dengan pencapaian ini dapat menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan pencapaian Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysai (UPM).

 

Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang:

  1. Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman
  2. Prof. Dr. Norazah Yusof
  3. Prof. Madya Dr. Alvin Hee Kah Wei
  4. Prof. Madya Dr. Jaafar Abdullah
  5. Prof. Madya Dr. Haslina Ahmad
  6. Prof. Madya Dr. Sharifah Kartini Said Hussin
  7. Dr. Mohammad Khalis Abd Karim
  8. Dr. Tan Sin Tee
  9. Dr. Chen Chuei Yee
  10. Dr. Fadzilah Md. Ali
  11. Pn. Khadzamah Khalid
  12. Pn. Noraini Md. Yasin
  13. Pn. Faridah Kamludin @ Yusof
  14. Pn. Nursuhada Othman
  15. Pn. Zaharah Sidi
  16. En. Isharudin Misron
  17. En. Muhammad Hasrul Nizam Abu Bakar

Date of Input: 01/07/2020 | Updated: 01/07/2020 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1601383291