Jabatan Biologi Fakulti Sains Cemerlang Di Pertandingan K-Novasi UKM 2018 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Jabatan Biologi Fakulti Sains Cemerlang di Pertandingan K-Novasi UKM 2018

Jabatan Biologi Fakulti Sains Cemerlang di Pertandingan K-Novasi UKM 2018

Jabatan Biologi Fakulti Sains yang mewakili Universiti Putra Malaysia telah berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan K-NOVASI Pengajaran & Pembelajaran 2018 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari pada 17-18 Januari 2018 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR) UKM Bangi Selangor bertemakan Pendidikan 4.0: Graduan Kalis Masa Depan merupakan penyertaan julung kalinya oleh Jabatan Biologi Fakulti Sains.

Dengan K-NOVASI bertajuk BIOHEARTWARE – “Something only humans do” merupakan  koleksi inovasi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. BIOHEARTWARE yang berteraskan domain afektif di mana “robot tidak mampu melakukan” merupakan eleman utama dalam inovasi yang telah dititikberatkan serta menjadi nilai tambah kepada mahasiswa sejajar dengan kehendak Revolusi Industri 4.0. Ia mampu memberi impak secara holistik dan interaktif bersesuaian dengan pembelajaran secara teradun dalam era masa kini.

Pendekatan pembelajaran ilmiah dengan eleman keseronokan yang melibatkan Teknologi, Permainan, Seni Kreatif dan Program “Belajar melalui Komuniti” di aplikasi agar eleman afektif, reflektif, transformatif dan kognitif dapat diterap.

BIOHEARTWARE terbukti mampu memberikan impak reflektif dan transformatif ke atas para pelajar melalui rangsangan empati kognitif, afektif dan perilaku.

Kumpulan pensyarah Jabatan Biologi yang terlibat dalam K-NOVASI ini ialah Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim yang merupakan ketua kumpulan, sementara ahli lain ialah Dr. Nur Ain Izzati Mohd Zainudin, Dr. Shahrizim Zulkifly, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Mohammad Noor Amal Azmai, Dr. Meenakshii a/p Nallappan dan Dr. Geetha a/p Annavi. Kumpulan pensyarah ini juga dibantu oleh pelajar Jabatan Biologi bagi menjayakan BIOHEARTWARE – “Something only humans do”.

Updated:: 22/01/2018 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1529416629