Pegawai Pengurusan Dan Akademik Hadiri Bengkel Pelan Strategik Fakulti Sains UPM 2020 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Pegawai Pengurusan dan Akademik Hadiri Bengkel Pelan Strategik Fakulti Sains UPM 2020

Pegawai Pengurusan dan Akademik Hadiri Bengkel Pelan Strategik Fakulti Sains UPM 2020

CYBERJAYA-Bagi menjamin kesinambungan Pelan Strategik Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia 2014-2020 yang akan tamat pada tahun ini, seramai 31 orang yang terdiri pegawai pengurusan tertinggi Fakulti, pegawai akademik dan pegawai tadbir telah menghadiri satu Bengkel Pelan Strategik  Fakulti Sains 2020 yang telah diadakan pada 27 Februari 2020 bertempat di Cyberview  Spa & Resort, Cyberjaya.

 

 

Bengkel sehari ini diadakan bagi mempersiapkan Fakulti Sains UPM dengan cabaran persekitaran, kekuatan, kekurangan, ruang dan peluang, ancaman serta senario politik dan ekonomi terkini dan juga selaras dengan Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) terkini.

 

 

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) 2014 – 2020 Fakulti Sains yang telah disasarkan seperti mempertingkatkan kualiti dan daya saing graduan, penjanaan nilai melalui RDCE (research, development, commercialization and enterprising ecosystems), melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat perlu di tambah baik mengikut petunjuk dan cabaran yang akan ditempuhi oleh Fakulti sebagaimana matlamat Pelan Strategik UPM.

 

Input dan maklumbalas berkenaan intipati bengkel ini, diperolehi melalui pra bengkel bersama kakitangan jabatan bagi mendapatkan idea dan pandangan daripada semua lapisan kakitangan. Di samping itu Perhimpunan Pegawai Fakulti Sains UPM  pada 7 Januari 2020 juga banyak memberikan idea, pendapat dan pandangan mengenai halatuju Fakulti Sains.

 

Berita/foto oleh Sabri Omar

 

Date of Input: 13/03/2020 | Updated: 13/03/2020 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
C1601391954