Pensyarah Jabatan Kimia Fakulti Sains UPM, Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee telah dianugerahkan Malaysia’s Rising Star Awards (MRSA) 2016 bagi katagori Young Reseacher.
Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee adalah pensyarah/penyelidik pertama Fakulti Sains yang berjaya menerima pengiktirafan ini yang mula diperkenalkan pada tahun 2015.
MRSA memberi pengiktirafan kepada penyelidik saintifik Malaysia berdasarkan sitasi ilmiah di dalam pengkalan data antarabangsa oleh dua agensi pengindeksan antarabangsa utama iaitu Web of Science (WoS) dari Clarivate Analytics dan Scopus dari Elsevier.
Majlis penganugerahan telah di sempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 1 November 2016 bertempat di Putrajaya Marriott Hotel.
Selain itu UPM juga memenangi anugerah bagi katagori Innovative Universities, Frontier Researcher, International Collaboration.
Date of Input: | Updated: | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA