Pensyarah Fakulti Sains Raih Anugerah Fellowship Naib Canselor | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Pensyarah Fakulti Sains Raih Anugerah Fellowship Naib Canselor

Pensyarah Fakulti Sains Raih Anugerah Fellowship Naib Canselor

Serdang : Pensyarah Kanan Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM,  Dr. Che Azurahanim Che Abdullah telah meraih salah satu anugerah  pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) UPM 2016 yang telah berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 11 Mei 2017.

Beliau memenangi anugerah Fellowship Naib Canselor (Pengajaran) katagori pengajar muda bagi Kluster Sains Tulen. Majlis anugerah telah disempurnakan oleh Tuanku Canselor UPM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor. Majlis turut dihadiri oleh Pro Canselor – Pro Canselor  UPM, Naib Canselor UPM serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Dr. Che Azurahanim Che Abdullah,  Pensyarah Kanan sejak tahun 2013 merupakan seorang pensyarah yang berjaya menguasi  bidang multidisplin iaitu Fizik dan Biologi berkepakaran dalam bidang Biofizik, Fizik Sinaran dan Radiologi. Bidang multidisplin membolehkan beliau sebagai pensyarah menerapkan pembelajaran secara kolaboratif dan berkumpulan serta mencabar pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Dengan falasafah “Great teacher provides a variety of opportunities for student to apply and use knowledge and skills in defferent learning situation” beliau percaya proses pembelajaran seharusnya lebih berpusatkan pelajar kerana pengajaran dan pembelajaran melibatkan mekanisme yang kompleks.

Majlis Anugerah Akademia Putra (MGAP) merupakan pengiktirafan tahunan Universiti Putra Malaysia kepada para akademia dan pegawai pelaksana sebagai menghargai kecemerlangan mereka dalam katagori pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan professional dan perunding cemerlang.

Texs/foto by SBO

Updated:: 12/05/2017 [hajaralias]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1503012262