iSAINS -Gemilang Menuju Puncak!
RSS icon Home icon
  • 24 Pegawai FS Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM

    Posted on August 22nd, 2013 sbo 2 comments

    Seramai 24 orang pegawai Fakulti Sains diberi pengiktirafan anugerah perkhidmatan cemerlang UPM 2012 pada Majlis Gemilang Putra UPM 2013 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) pada 21 Ogos 2013.

    Mereka terdiri daripada pegawai akademik, pegawai P&P dan pegawai pelaksana yang memperolehi markah nilaian prestasi Sistem Saraan Malaysia (SSM) 90% dan keatas dalam tahun 2012.

    Dari jumlah penerima anugerah tersebut, Fakulti memperoleh satu kuota untuk Profesor, dua kuota Pentadbir Akademik, sembilan belas untuk kuota Fakulti dan dua kuota Insentif.

    Kuota Insentif adalah untuk PTJ yang Mencapai Tahap Lima Bintang dalam Penilaian ‘Malaysia Research Assessment Instrument’ (MYRA) 2012.

    Antara penerima anugerah perkhidmatan cemerlang kali ini ialah Prof. Dr. Zainal Abidin Talib (Dekan Fakulti Sains) dan Prof. Dr. Habsah Midi (Timbalan Dekan Pembangunan & Kewangan).

    Di Majlis itu juga, seramai 10 orang pegawai menerima penghargaan Bakti Putra (berkhidmat 30 tahun di UPM), 1 orang pegawai menerima penghargaan Setia Putra (berkhidmat 20 tahun di UPM), 5 pegawai menerima penghargaan Jasa Putra dan dua merima penghargaan Jasamu Dikenang.

    Anugerah dan sijil penghargaan di sampaikan oleh Naib Canselor UPM,Profesor Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan.

    Senarai Penuh Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Fakulti Sains:

    Kouta Profesor:

    1. Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein

    Kouta Pentadbir Akademik:

    1. Prof. Dr. Zainal Abidin Talib

    2. Prof. Dr. Habshah Midi

    Kouta Fakulti:

    1. Prof. Dr. Nor Azah Yusof

    2. Prof. Madya Dr. Eshkuvatov Zainidin

    3. Prof. Madya Ibrahimov Gafurjan

    4. Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa

    5. Prof. Madya Dr. Tan Wee Tee

    6. Prof. Madya Dr. Zulkifli Abas

    7. Dr. Lim Kean Pah

    8. Dr. Norazak Senu

    9. Pn. Fairuz Bawaze’er Muchtar

    10. Pn. Achtar Madena Abdul Latif

    11. Pn. Haspah Yusof

    12. Pn. Norfisah Mohd Yunus

    13. Pn. Norshida Ngadirun

    14. Pn. Rohani Ahdirin

    15. Pn. Ruhaiza Jaafar

    16. Pn. Shareena Safiai

    17. Cik Azimah Mohd Nasir

    18. Cik Noraina Mohd Amin

    19. En. Mior Abdul Rahim Mior Mohd Dwazi

    Kouta Insentif

    1. Prof. Madya Dr. Zarina Bibi Ibrahim

    2. Pn. Zaidina Mohd Daud

    Foto: sbo@fs

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • BRIGED 5S FAKULTI SAINS TERIMA PELAWAT DARI UNIMAS

    Posted on July 3rd, 2013 sbo 3 comments

    Briged 5S Fakulti Sains telah menerima kunjungan dari Jawatankuasa 5S Fakulti Sains dan Teknologi Sumbar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 1 Julai 2013.

    Rombongan lima anggota Jawatankuasa 5S Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS di ketuai oleh En. Fadly Faisal Rakawi, Penolong Pendaftar UNIMAS yang juga merangkap Penyelaras 5S bagi Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.

    Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari amalan 5S yang telah di amalkan di Fakulti Sains UPM yang telah mendapat pengiktirafan pensijilan dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    Taklimat 5S di sampaikan oleh En. Muhamad Zamri Yahaya@Kamaluddin , Pengerusi Briged 5S Fakulti Sains UPM sebelum dibawa melawat ke ruang pejabat, bilik fail, stor, tempat umum, persekitaran dan makmal-makmal pengajaran/peralatan/penyelidikan.

    Rombongan juga mengadakan perbincangan dua hala berkenaan amalan 5S di makmal bersama Pegawai-Pegawai Sains dari Jabatan Biologi, Kimia dan Fizik.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Fakulti Sains Terima Kunjungan Delegasi Srinakharinwot University, Thailand

    Posted on July 2nd, 2013 sbo 1 comment

    Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan delegasi Srinakharinwot University, Bangkok, Thailand pada 28 Jun 2013. Delegasi seramai 7 orang pegawai akademik di ketuai oleh Prof. Dr. Wichian Magtoon, Dekan Fakulti Sains Universiti Srinakharinwot, Thailand.

    Tujuan kunjungan adalah untuk bertukar pandangan, perbincangan dan peluang dan ruang mengeratkan kerjasama akademik dan penyelidikan terutama dalam bidang Biologi, Fizik, Matematik dan Kimia antara kedua-dua Universiti.

    Taklimat bagi pihak Fakulti di sampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains sementara Prof. Madya Dr. Chalermchai Wongwattana, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pentadbiran) bagi pihak Universiti Srinakkharinwot.

    Turut serta dalam perbincangan ini ialah Prof. Dr. Habsah Midi (Timbalan Dekan Pembangunan & Kewangan), Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah (Timbalan Dekan Penyelidikan & Siswazah), Dr. Nor Azowa Ibrahim (Timbalan Dekan Akademik & HEP), Prof. Dr. Ahmad Ismail (Ketua Jabatan Biologi), Prof Dr. Fudziah Ismail (Ketua Jabatan Matematik), Prof. Madya Dr. Mansor Ahmad (Ketua Jabatan Kimia) dan Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab dan Puan Juita Md. Tahir, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Siswazah dan Penyelidikan selaku urusetia.

    Foto: sbo@science 2013

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • JABATAN KIMIA BERJAYA ANJUR SKI-XVI

    Posted on June 28th, 2013 sbo 1 comment

    Jabatan Kimia Fakulti Sains telah berjaya menganjurkan Seminar Kimia Industri Ke 16 (SKI-XVI) pada 25 Jun 2013. Seminar dwi tahunan kali ini bertemakan Chemistry – A Passport to a Brighter Future’ berlangsung di Cberview Resort and Spa, Cyberjaya.

    Seramai 130 pelajar tahun akhir Jabatan Kimia terlibat mengambil bahagian dalam seminar SKI kali ke 16 tahun ini. Sejumlah 60 poster penyelidikan hasil projek tahun akhir pelajar di pamirkan dalam SKI kali ini. Pelajar di peruntukan dua semester untuk menyiapkan projek penyelidikan tahun akhir yang merupakan syarat untuk bergraduat bagi pelajar Jabatan Kimia.

    Disamping itu, bersesuaian dengan tema SKI-XVI tahun ini ‘Chemistry – A Passport to a Brighter Future’ enam pembentangan kertas kerja dari pelbagai bidang oleh penceramah jemputan yang berkepakaran dalam bidang masing-masing seperti ‘chemical biology, cosmetics, instrumentation, petroleum, forensics, patent consultation’ di adakan bagi mendedahkan pengetahuan serta peluang kerjaya kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian.

    Majlis perasmian di sempurnakan oleh Prof. Dr. Mohd Shattar Sabran, Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) Universiti Putra Malaysia yang mewakili Naib Canselor UPM. Sementara majlis penutup dan penyampaian sijil di sempurnakan oleh Prof.Dr. Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains.

    Turut hadir di majlis ini ialah Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abd Rahman yang merupakan Pengerusi Penganjur SKI-XVI, Prof Madya Dr. Mansor Hj. Ahmad, Ketua Jabatan Kimia dan Pensyarah-Pensyarah Jabatan.

    Foto: sbo@science 2013

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • KEMBALI BERTUGAS

    Posted on June 24th, 2013 sbo No comments

    Kelab Warga Pejabat Dekan (KWPD) dan Fakulti Sains mengucapkan selamat datang dan kembali bertugas kepada En. Khairul Nizam Shamsudin, Pembantu Tadbir (P&O) Pejabat Dekan.

    Beliau sebelum ini bercuti belajar peringkat PhD dalam bidang Komunikasi Kemanusiaan (Human Communication) selama tiga tahun mulai 22 Jun 2010 hingga 22 Jun 2013.

    En. Khairul Nizam Shamsudin kini ditempatkan di Bahagian Pembangunan dan Kewangan Fakulti Sains.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) BAHARU PEJABAT DEKAN

    Posted on June 20th, 2013 sbo 2 comments

    Kelab Warga Pejabat Dekan (KWPD) dan Kelab Warga Fakulti Sains (KWS) mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada En. Muhammad Aqib bin Kamarudin, Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 yang mula melapor diri bertugas mulai 18 Jun 2013.

    Beliau di tempatkan di Pejabat Dekan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh En. Mohd Ibrahim Mohd Yusof yang menjawat jawatan baharu sebagai Penolong Pegawai Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • PELAJAR FS MENANG P&G ASEAN BUSINESS CHALLENGE

    Posted on June 19th, 2013 sbo 1 comment

    Pelajar Bachelor Sains (Kepujian) Kimia Petroleum, Nor Aslinda Abd Rahman telah mengharumkan nama Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila di nobatkan sebagai juara Pertandingan P&G Asean Business Challenge peringkat antarabangsa yang diadakan di Singapura pada 13 – 14 Jun 2013.

    Beliau yang merupakan pelajar tahun 2 jurusan Kimia Petroleum Jabatan Kimia Fakulti Sains sebelum ini telah memenangi pertandingan tersebut di Peringkat Kebangsaan bersama seorang lagi pelajar UPM dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolikul bagi melayakan beliau mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

    Antara negara-negara Asean yang menghantar peserta dalam pertandingan P&G Asean Business Challenge 2013 ialah Indonesia, Philipina, Malaysia, Thailand dan Singapura selaku tuan rumah.

    P&G adalah syarikat pembuatan bagi produk penjagaan diri, kebersihan dan lain-lain yang terkemuka di dunia.

    Foto: sbo@science 2013

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • KETUA JABATAN KIMIA TOKOH PEKERJA UPM

    Posted on June 18th, 2013 sbo 1 comment

    Pegawai Akademik Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Mansor Hj. Ahmad@Ayob yang juga merupakan Ketua Jabatan Kimia Fakulti Sains telah di nobatkan sebagai Tokoh Pekerja Universiti Putra Malaysia katagori Pengurusan dan Profesional (Akademik) pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat UPM 2013 yang di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) UPM pada 12 Jun 2013.

    Dr. Mansor Hj. Ahmad@Ayob, 57 tahun, telah berkhidmat di Jabatan Kimia Fakulti Sains, UPM hampir 30 tahun berkepakaran dalam bidang Nanomaterials’. Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM.

    Beliau merupakan pegawai akademik Fakulti Sains yang kedua berturut-turut menerima anugerah berprestij tersebut setelah Prof. Dr. Sidik Ab. Aziz dari Jabatan Fizik di nobatkan anugerah yang sama pada tahun lepas.

    Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor UPM yang di iringi oleh Pendaftar UPM Datuk Wan Azman Wan Omar.

    Pemenang-pemenang lain ialah Dr. Yahaya Abu Samah, Pengarah Pusat Kesihatan UPM katagori Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) sementara Pembantu Am Pejabat (PAP) Fakulti Kejuruteraan, Jayaveeran Kulandai memenangi bagi katagori Pegawai Pelaksana (Sokongan).

    Mereka menerima hadiah wang tunai RM 1000.00, sijil penghargaan dan plak iringan.

    Foto: sbo@science 2013

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • FAKULTI SAINS TERIMA SIJIL AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

    Posted on June 18th, 2013 sbo 2 comments

    Bersempena dengan sambutan hari pekerja peringkat Universiti Putra Malaysia 2013 yang diadakan pada 12 Jun 2013, Fakulti Sains telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    Fakulti Sains telah melepasi penilaian audit yang telah dijalankan oleh MPC pada 15 Mei 2013 dan mencapai serta memenuhi standard yang telah ditetapkan untuk pensijilan 5S bagi skop ruang pejabat, tempat umum, makmal dan persekitaran.

    Di Universiti Putra Malaysia (UPM), Fakulti Sains merupakan PTJ yang kedua mendapat Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S selepas Fakulti Kejuruteraan yang menerima pada tahun 2010.

    Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Ab. Rahim Yusoff, Pengarah Kanan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains dengan disaksikan oleh Prof. Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan, Naib Canselor UPM dan Datuk Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM.

    Turut hadir di majlis yang diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) UPM ini ialah Penasihat Briged 5S Fakulti Sains Puan Fairuz Bawaze’er Muchtar, Ahli Pengurusan Fakulti Sains, Jawatankuasa Briged 5S serta pegawai dan staf Fakulti.

    Foto: sbo@science 2013

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Prof. Dr. Azmi Zakaria: Profesor Dari Fakulti Sains Ke 35 Sampaikan Syarahan Inaugural

    Posted on June 11th, 2013 sbo 4 comments

    Bertempat di Dewan Philip Kothler, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM, Prof. Dr. Azmi Zakaria telah menyampaikan syarahan inaugural beliau yang bertajuk ‘Phototermal Affects Our Live’ pada 7 Jun 2013.

    Beliau merupakan Profesor yang ke 35 dari Fakulti Sains UPM dan yang ke 8 dari Jabatan Fizik Fakulti Sains menyampaikan syarahan inaugural. Untuk rekod syarahan inaugural Profesor mula di perkenalkan di UPM pada Julai 1989 dengan Prof. Dr. Sulaiman M. Yassin adalah Profesor UPM pertama menyampaikan syarahan tersebut.

    Prof. Dr. Azmi Zakaria telah berkhidmat di Jabatan Fizik UPM mulai 1981 dan kini telah menjangkau 32 tahun perkhidmatan merupakan Professor Fizik dalam bidang ‘Applied Optics dan Material Science’. Beliau telah menerbitkan lebih 140 journal dan telah membentangkan lebih 80 kertas kerja dalam seminar dan konferans di dalam dan luar negara. Beliau juga telah dan sedang menyelia hampir 15 pelajar PhD dan 34 pelajar master sepanjang perkhidmatan beliau sehingga kini.

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Dr. Muhammad Shatar Sabran berkenan mempengerusikan syarahan inaugural kali ini yang turut di hadiri Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains dan pegawai akademik serta pelajar-pelajar siswazah.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Fakulti Sains Terima Kunjungan Delegasi Ewha Womens University Seoul Korea Selatan

    Posted on June 10th, 2013 sbo 1 comment

    Fakulti Sains UPM menerima kunjungan delegasi dari Ewha Womens Universiti, Seoul, Korea Selatan dalam lawatan sehari pada 6 Jun 2013.

    Rombongan delegasi yang pertama kali datang ke Malaysia memilih UPM dan Fakulti Sains sebagai destinasi di sertai seramai 5 orang pegawai akademik yang di ketuai oleh Prof. Dr. Sung-Jin Kim, Dekan, College of Natural Science, EWHA Womens University.

    Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar pandangan dan peluang mengeratkan kerjasama antara Ewha Womens Universiti dan Fakulti Sains UPM dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pertukaran pelajar.

    Taklimat mengenai Fakulti Sains disampaikan oleh Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains. Turut hadir dalam program ini adalah barisan pengurusan Fakulti dan Pentadbir Fakulti Sains.

    Satu perjanjian persefahaman MOU antara UPM yang diwakili oleh Naib Canselor Prof.Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan dan Ewha Womens Universiti telah diadakan.

    Disamping itu delegasi Ewha Womens Universiti juga memberikan taklimat berkenaan program yang ditawarkan di unversiti tersebut dan sesi temuduga kepada pelajar wanita Fakulti Sains dan UPM  yang berminat melanjutkan pengajian siswazah di universiti tersebut.

    Ewha Womens Universiti adalah sebuah universiti tertua di Korea Selatan yang hanya menerima golongan wanita sebagai pelajarnya.

    Texs dan foto oleh: SBO

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Hari Keluarga KWPD 2013 Meriah

    Posted on June 10th, 2013 sbo 2 comments

    Kelab Warga Pejabat Dekan (KWPD) Fakulti Sains telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga 2013 bertempat di D’Nelayan Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka pada 8 – 9 Jun 2013.

    Program hari keluarga tahun ini yang bertemakan ‘Merah dan Air’ telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 70 ahli keluarga staf Pejabat Dekan yang turut disertai oleh Dekan Fakulti, Prof. Dr. Zainal Abidin Talib dan isteri, Ketua Penolong Pendaftar Puan Fairuz Bawaze’er Muchtar serta keluarga pegawai pelaksana yang lain.

    Antara objektif program ialah sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan staf dan ahli keluarga disamping mengwujudkan persafahaman dan semangat kerja berpasukan dikalangan staf Pejabat Dekan.

    Berbagai aturcara menarik seperti sukanika bertemakan ‘air’, acara berkaraoke, BBQ dan cabutan nombor bertuah di adakan bagi memeriahkan lagi program ini.

    Texs dan Foto: sbo

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Program Tazkirah Bulanan KWS - “Rumahku, Syurgaku, Pejabatku, Rumahku: Berjaya di Rumah, Berjaya di Tempat Kerja!!!

    Posted on March 19th, 2013 shuhazlly No comments

    Dimaklumkan bahawa Kelab Warga Biologi dengan kerjasama Kelab Warga Sains akan menganjurkan Program Tazkirah Bulanan bagi bulan Mac.

    Tajuk tazkirah bagi bulan ini adalah “Rumahku, Syurgaku, Pejabatku, Rumahku: Berjaya di Rumah, Berjaya di Tempat Kerja!!! yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

    Butiran proram adalah sebagaimana maklumat di bawah:

    Tarikh    :  25 Mac 2013 (Isnin)
    Masa     :  3.00 petang - 4.30 petang
    Tempat  : Bilik Sainstis Gemilang, Fakulti Sains

    Semua staf Fakulti Sains yang berkelapangan adalah dijemput untuk menghadiri program ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • PROFESOR FAKULTI SAINS

    Posted on January 25th, 2013 sbo No comments

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • PRPI MALAYSIA 2012: FS GONDOL 28 PINGAT

    Posted on July 20th, 2012 sbo 2 comments

    Sebanyak 28 dari 33 penyertaan penyelidik Falulti Sains pada Pamiran Rekacipta Penyelidikan & Inovasi (PRPI) Malaysia Peringkat UPM memenangi pingat dalam penyertaan mereka pada kali ini yang berlangsung dari 17 – 19 Julai 2012 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKSSAAS) UPM Serdang.

    Dari jumlah tersebut 6 penyelidik memenangi emas, 15 perak dan 7 gangsa menjadikan hampir 85% penyertaan penyelidik Fakulti Sains membawa pulang pingat.

    Antara penyelidik Fakulti Sains yang berjaya memenangi pingat emas kali ialah Prof. Dr. Mahiran Basri, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Prof. Madya Dr. Zanariah Abdul Majid, Dr. Nor Azowa Ibrahim dan Dr. Janet Lim Hong Ngee.

    Disamping itu empat lagi pingat emas berjaya dimenangi oleh penyelidik Fakulti Sains yang bertanding di bawah Institut Penyelidik Matematik (INSPEM) dan Institut Teknologi Maju (ITMA) menjadikan keseluruhan 10 pingat emas di menangi oleh penyelidik FS.

    Penyelidik FS yang memenangi pingat emas di bawah Institut ialah Prof. Dr. Habsah Midi, Prof. Dr. Nor Akma Ibrahim, Prof. Madya Dr. Zanariah Abdul Majid (INSPEM) dan Prof. Dr. Dzulkarnain Zainal (ITMA).

    Majlis penyampaian pingat di sempurnakan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaapar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia pada majlis penutup pamiran pada 19 Julai 2012.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Foto@LABORATORI NLOC 2012

    Posted on July 9th, 2012 sbo No comments

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Nobel Laureates Outreach Camp (NLOC) 2012 – Scientist of Tomorrow: Fakulti Sains Tumpuan Pelajar MRSM

    Posted on July 9th, 2012 sbo No comments

    Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Fakulti Sains sebagai penganjur dan Fakulti Perhutanan serta Fakulti Pengajian Alam Sekitar telah menganjurkan program Nobel Laureates Outreach Camp (NLOC) 2012 pada 2 – 5 Julai 2012 yang lalu.

    Seramai 150 orang pelajar Maktap Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh Malaysia telah terpilih menyertai program bertemakan Scientist of Tomorrow yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar MRSM berkenaan penerapan eleman pembelajaran melalui research-based dan individualized learning tentang kemahiran tertentu yang akan memberi peluang kepada pelajar MRSM untuk meneroka potensi diri berdasarkan minat dan bakat yang ada pada diri mereka. Melalui program ini juga di jangkakan akan lahir ahli sains bertaraf Nobel Laureate serta ushawan berjaya di peringkat global.

    Selama empat hari, pelajar MRSM ini dibimbing oleh para pensyarah dan fasilitator dari Fakulti Sains, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar menjalankan hands-on dalam menjalankan penyelidikan sains dan menggunakan peralatan makmal mengikut prosedur yang diamalkan oleh saintis.

    Majlis perasmian NLOC 2012 pada 2 Julai 2012 di sempurnakan oleh Prof. Dr Tai Shzee Yew, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM) sementara majlis penutupan program pada 5 Julai 2012 di sempurnakan oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa, UPM) yang mewakili Naib Canselor UPM. Hadir sama ialah pegawai-pegawai utama UPM dan majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Kedua-dua program berlangsung di Dewan Jauhari, Kolej KOSASS UPM yang juga menjadi tempat penginapan resmi program NLOC 2012 kali ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Mantan TNC UPM Berikan Suntikan Motivasi Kepada Pegawai Akademik Baharu FS

    Posted on May 31st, 2012 sbo No comments

    Sempena sambutan bulan Putra Satria UPM 2012, Fakulti Sains dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM telah menganjurkan satu program motivasi pegawai akademik pada 21 Mei 2012 yang lalu.

    Program motivasi yang bertajuk “Bertekad Menjadi Ahli Akademik Bertaraf Internasional” telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Kolonel Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamarudin Hj. Kachar, mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

    Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang akademik di dalam dan luar negara menceritakan pengalaman dan cabaran yang di tempuhi untuk berjaya dalam dunia akademik sehingga ke usia sekarang.

    Seramai 37 orang pegawai akademik baharu Fakulti Sains hadir dalam program motivasi ini yang turut di hadiri oleh Dekan dan ahli pengurusan Fakulti.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Pegawai Sains Baharu Jabatan Biologi FS

    Posted on May 28th, 2012 sbo 1 comment

    Warga Jabatan Biologi dan Fakulti Sains UPM mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada Cik Salwana Ahmad, Pegawai Sains yang mula melapor diri untuk bertugas pada 28 Mei 2012 bagi mengantikan Puan Nordiana Abd. Rahman yang mendapat tawaran kerja di Jabatan Pertanian Malaysia.

    Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini pernah bertugas di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM sebagai Pembantu Penyelidik.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • 30 Staf Sokongan FS Hadiri Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

    Posted on May 24th, 2012 sbo No comments

    Fakulti Sains UPM dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod pada 16 Mei 2012.

    Seramai 30 orang staf sokongan yang terdiri dari Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi), Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal telah menghadiri kusus ini yang diadakan di Bilik saintis Gemilang Fakulti Sains.

    Objektif penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang prosedur pengurusan fail dan rekod yang betul. Disamping itu juga kursus ini bertujuan untuk menjadikan pengurusan fail dan rekod di Fakulti Sains lebih bersistematik sebagaimana amalan yang digunakan di Pejabat Pendaftar UPM.

    Kursus setengah hari ini dikendalikan oleh Puan Nor Baizura Zambri, Ketua Seksyen Pengurusan Rekod dan Data, Pejabat Pendaftar UPM. Antara topik utama yang di bincangkan ialah pengenalan sistem fail dan klasifikasi fail, pelupusan rekod dan amalan prosedur registri iaitu keadah pembukaan dan penutupan fail.

    Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Sains, Puan Fairuz Bawaze’er Muchtar berkenan meresmikan kursus ini dan menyampaikan sijil kepada peserta pada majlis penutup.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...