Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2018 Universiti Putra Malaysia yang berlangsung pada 14 Mei 2018 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) UPM telah mencatat sejarah apabila tiga pegawai akademik Fakulti dinobatkan sebagai penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor 2018.
Anugerah dan pengiktirafan yang diterima mereka adalah berdasarkan kepada nilai utama universiti iaitu kecemerlangan, kepelbagaian, kelestarian, dan integriti serta diperkukuhkan dengan konsep IHSAN yang mencakupi semua bidang dan peringkat yang terdapat di universiti.
Pensyarah yang menerima anugerah tersebut ialah Profesor Dr. Nor Azah Yusof dari Jabatan Kimia yang menerima Anugerah Kategori Penyelidik Cemerlang Kluster Sains dan Teknologi. Seorang lagi pensyarah Jabatan Kimia, Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman memenangi anugerah kategori penyelidik muda bagi kluster yang sama. Sementara itu Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim pensyarah Jabatan Biologi menerima Anugerah Fellowship Kategori Pengajar Muda Kluster Sains Tulen.
Canselor Universiti Putra Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyampaikan anugerah kepada semua pemenang dalam majlis yang turut dihadiri oleh Naib Canselor dan pegawai-pegawai utama UPM.
Berita: Sabri Omar
Foto: Nor Azren Awang (CoSScom)
Tarikh Input: 18/05/2018 | Kemaskini: 18/05/2018 | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :