SERDANG, 8 Oktober 2025 – Seramai 481 pelajar baharu Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia telah menghadiri Program Hari Penerangan yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi tadi.

Program bermula seawal 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari, dan diteruskan dengan sesi Bersama Jabatan pada sebelah petang dari jam 2:00 hingga 5:00 petang di lokasi yang ditentukan.

Dalam ucapan perasmian, Dekan Fakulti Sains menekankan pentingnya integriti dan kejujuran dalam menuntut ilmu sebagai asas kecemerlangan akademik dan sahsiah. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu serta mendoakan agar mereka terus cekal dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi cabaran dunia pengajian tinggi.
Program Hari Penerangan ini turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai struktur program pengajian, fasiliti fakulti, serta peluang pembangunan diri yang ditawarkan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Aktiviti Bersama Jabtan pada sebelah petang pula memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan pensyarah dan pegawai akademik di jabatan masing-masing, selain memahami dengan lebih mendalam hala tuju program yang mereka ikuti.

Program tahunan ini dilihat sebagai salah satu inisiatif fakulti dalam memperkukuhkan jati diri pelajar dan memupuk budaya akademik yang sihat sejak hari pertama bergelar mahasiswa.
Tarikh Input: 14/10/2025 | Kemaskini: 14/10/2025 | syafiena

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :