Putrajaya, 30 Sept - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM dengan penganjur bersama, Maths ProofRead telah berjaya mengadakan persidangan 5th International Conference on
Mathematical Sciences and Statistics (ICMSS2024) pada 24 – 25 September 2024 di Hotel
Palm Garden, Putrajaya.
Majlis Perasmian ICMSS2024 yang telah diadakan pada 24 September 2024 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Dekan, Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada ketua- ketua jabatan di Fakulti Sains, ahli Jawatankuasa Pengurusan Fakulti Sains, pengarah INSPEM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali, YBhg. Prof. Ts. Dr. Aida Mustapha sebagai pengucaptama, wakil dari Institut Statistik Malaysia (ISMy), YBhg. Prof Dr Habshah Midi, dan wakil dari Management Science/Operations Research Society of Malaysia (MSORSM),
Dr. Ruzana Ishak. Majlis Penutup ICMSS2024 pula telah berjaya disempurnakan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains, UPM iaitu Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori pada 25 September 2024.
Seramai sepuluh orang pembentang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pembentang Terbaik pada majlis ini. Konferens yang bertujuan untuk memperkasakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan penyelidik UPM dengan penyelidik institusi/agensi luar ini telah dihadiri oleh seramai 91 orang peserta dengan 62 orang pembentang. Pihak penganjur juga telah menjemput YBhg. Prof. Dr. Sharidan Shafie, YBhg. Prof. Dr. Shakir Ali dan Ts. Ahmad Hadzramin Abdul Rahman sebagai penceramah pleno serta Prof. Madya Dr. Zamira Hasanah Zamzuri, Prof. Madya Dr. Nurnadiah Zamri, dan Prof. Madya Dr. Gaurav Gupta sebagai penceramah jemputan.
Sekalung penghargaan diberikan kepada persatuan dan syarikat bagi penajaan dan sumbangan tunai ICMSS2024. Berikut merupakan antara senarai penaja terlibat:
Management Science/Operations Research Society of Malaysia (MSORSM)
Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
Institut Statistik Malaysia (ISMy)
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM (WAZAN)
Green Living Malaysia Resources
Terima kasih juga diucapkan kepada para hadirin dan ahli jawatankuasa yang telah
memberikan kerjasama yang baik sepanjang konferens ini berlangsung.





Tarikh Input: 28/10/2024 | Kemaskini: 28/10/2024 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :