AI MATH LEARNING PROGRAM TINGKAT MINAT PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN AI | FAKULTI SAINS
» BERITA » AI MATH LEARNING PROGRAM TINGKAT MINAT PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN AI

AI MATH LEARNING PROGRAM TINGKAT MINAT PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN AI

Serdang, 24 Mei 2025 – Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Koperasi ASAS Selangor (Ko-ASAS) telah menganjurkan AI Math Learning Program, bertempat di Makmal Komputer Al-Khaitam, Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran Matematik berasaskan kecerdasan buatan (AI) kepada para peserta, di samping meningkatkan minat dan pemahaman mereka terhadap subjek Matematik melalui pendekatan teknologi terkini. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan pelajar sekolah menengah di Lembah Klang.

Sepanjang program, para peserta berpeluang mengikuti sesi interaktif, bengkel hands-on, dan demonstrasi penggunaan AI dalam menyelesaikan masalah Matematik. Pendekatan inovatif ini diharap dapat membuka minda pelajar terhadap potensi besar teknologi dalam pendidikan STEM, khususnya Matematik.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Jabatan Matematik dan Statistik dalam memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik serta seiring dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0.

Kerjasama strategik bersama Ko-ASAS turut memberi nilai tambah kepada program dengan memperluas jaringan antara institusi pengajian dan sektor koperasi yang aktif dalam pembangunan modal insan berasaskan teknologi.

 

 

 

Tarikh Input: 22/07/2025 | Kemaskini: 22/07/2025 | norlida_mn

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (11:33:35am-11:38:35am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]