Serdang, 28 Okt - Pada 10 hingga 11 Oktober 2024, Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Analisis Data Ruang dan Visualisasi. Bengkel ini dijadualkan berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Seminar Siswazah, Jabatan Matematik dan Statistik.
Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada teknik analisis data ruang menggunakan perisian Alteryx dan Tableau. Peserta akan diperkenalkan kepada konsep asas, teknik visualisasi, serta aplikasi praktikal yang relevan dalam bidang analisis data. Bengkel ini telah disertai 10 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari jabatan tersebut, yang akan memperoleh kemahiran baru untuk meningkatkan kebolehan mereka dalam menganalisis data.
Bengkel ini diadakan dengan kerjasama OR Technologies Sdn Bhd, yang akan menyediakan panduan dan sokongan teknikal kepada peserta. Peserta diharapkan dapat memanfaatkan pengalaman ini untuk memperkukuh pengetahuan mereka dan menerapkan kemahiran yang dipelajari dalam penyelidikan dan projek masa depan.



Tarikh Input: 28/10/2024 | Kemaskini: 28/10/2024 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :