Bengkel Pengurusan Aset Perkukuh Verifikasi Aset Fakulti Sains | FAKULTI SAINS
» BERITA » Bengkel Pengurusan Aset Perkukuh Verifikasi Aset Fakulti Sains

Bengkel Pengurusan Aset Perkukuh Verifikasi Aset Fakulti Sains

29 Julai 2026 – Fakulti Sains telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Aset di Bilik Saintis Gemilang (BSG) sebagai usaha mempercepatkan proses verifikasi aset alih melalui sistem AppSheet. Bengkel ini diadakan bagi memastikan Fakulti Sains mencapai sasaran 100% verifikasi aset, sekali gus mengekalkan pencapaian cemerlang yang telah direkodkan pada tahun sebelumnya.

Bengkel yang menghimpunkan Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa Fakulti Sains itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Dekan (Pembangunan & Jaringan), Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa. Sepanjang bengkel, para peserta menjalankan semakan status pemeriksaan aset alih serta mengemas kini maklumat dalam fail fakulti dan sistem AppSheet bagi menyelesaikan baki senarai verifikasi aset.

Bagi memperkukuh pelaksanaan verifikasi aset, sesi perbincangan turut diadakan bersama Ketua Seksyen Pengurusan Aset, Pejabat Bursar, Puan Junaidah Isa. Sesi tersebut memberi penerangan mengenai tatacara pengurusan aset serta membincangkan kaedah penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi sepanjang proses verifikasi.

Selain memastikan sasaran verifikasi aset dicapai, bengkel ini juga menjadi platform persediaan fakulti dalam menghadapi pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia (RMK). Rekod aset yang lengkap, tepat dan sentiasa dikemas kini akan memudahkan proses perancangan, pemantauan dan pelaksanaan projek, di samping memastikan pengurusan aset universiti sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Melalui penganjuran bengkel ini, Fakulti Sains berharap sasaran 100% verifikasi aset dapat dicapai sekali lagi, sekali gus memperkukuh amalan pengurusan aset yang lebih sistematik, cekap dan berintegriti.

Tarikh Input: 29/07/2026 | Kemaskini: 29/07/2026 | shafiqhariz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
X, (08:41:15am-08:46:15am, 30 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]