Serdang, 7 Februari - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM telah menganjurkan bengkel bertajuk "Understanding Linear Algebra and Regression Behind Machine Learning" pada 08 hingga 09 Januari 2025 di Bilik Seminar Al-Khawarizmi. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam mengenai peranan algebra linear dan regresi dalam pengembangan model pembelajaran mesin (machine learning). Peserta telah diterangkan tentang konsep asas algebra linear, seperti vektor, matriks, dan nilai eigen yang memainkan peranan penting dalam banyak algoritma pembelajaran mesin.
Selain itu, bengkel ini juga memberi tumpuan kepada regresi, satu teknik asas dalam pembelajaran mesin yang digunakan untuk analisis ramalan dan pemodelan statistik. Penceramah jemputan, Prof. Dr. Biswa N. Datta dari Northern Illinois University, USA, telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai aplikasi teori-teori ini dalam dunia nyata.
Bengkel ini telah menerima penyertaan daripada kalangan pelajar, penyelidik, dan profesional daripada agensi luar seperti Sunway University dan Jabatan Perangkaan Malaysia yang berminat untuk mendalami konsep-konsep penting dalam bidang pembelajaran mesin. Dengan penyertaan Prof. Dr. Biswa N. Datta, bengkel ini telah berjaya memberikan perspektif baru dalam meneroka hubungan antara matematik dan teknologi pembelajaran mesin.




Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :