Chemical Catalisis Day: Absorbing The Depth, A Bonding Adventure Sesi 2024/2025 | FAKULTI SAINS science
» BERITA » Chemical Catalisis Day: Absorbing the Depth, a Bonding Adventure Sesi 2024/2025

Chemical Catalisis Day: Absorbing the Depth, a Bonding Adventure Sesi 2024/2025

 

Oleh: Nursuria Ezzati binti Sulaiman

Banting, 22 Disember 2024 – Suasana Pantai Morib yang nyaman menjadi saksi kepada program Chemical Catalysis Day: Absorbing the Depth, A Bonding Adventure, yang berjaya menghimpunkan lebih 143 pelajar Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kehadiran seramai 10 orang pensyarah dan pegawai sains, bersama 57 ahli jawatankuasa Kelab Mahasiswa Kimia (KMK).

Program ini bukan sekadar aktiviti akademik, tetapi juga satu peluang untuk pelajar keluar dari bilik kuliah dan mengalami sendiri bagaimana ilmu kimia boleh diterapkan dalam dunia sebenar. Dengan sokongan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Fakulti Sains, dan beberapa pihak lain, program ini dirangka untuk memperkukuh pemahaman konsep kimia dalam persekitaran semula jadi, selain membina semangat kerjasama dan jati diri pelajar.

Menurut Pengarah Program, Nur Izzatie binti Mardzuki, objektif utama program ini adalah untuk memastikan para pelajar bukan sahaja memahami teori, tetapi juga dapat mengaitkannya dengan alam sekitar.

"Kami mahu pelajar keluar dari zon selesa dan merasai sendiri bagaimana untuk membentuk ukhuwah sesama mereka. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada mereka untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakan dan pensyarah dalam suasana santai," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa perjalanan menjayakan program ini penuh dengan cabaran. Perubahan tarikh dan isu pengangkutan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan penganjur, tetapi dengan kerjasama semua pihak, setiap masalah berjaya diselesaikan.

"Apa yang paling penting, kami dapat melihat pelajar benar-benar menikmati aktiviti yang disusun. Semangat kebersamaan itu jelas, dan itu yang membuatkan segala usaha kami berbaloi," tambahnya.

Selain itu, program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan menggalakkan pembelajaran di luar bilik kuliah. Penganjur memastikan setiap aktiviti bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat untuk perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.

Lebih daripada sekadar pembelajaran, program ini turut memberi impak kepada masyarakat setempat. Dengan kehadiran pelajar UPM, interaksi bersama komuniti sekitar dapat diperkukuh, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih holistik.

Secara keseluruhannya, Chemical Catalysis Day Sesi 2024/2025 telah meninggalkan kenangan bermakna buat setiap peserta. Program ini bukan sahaja membuka minda mereka tentang dunia kimia yang lebih luas tetapi juga mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan mahasiswa. Pihak KMK berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 17/02/2025 | Kemaskini: 17/02/2025 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (07:50:42am-07:55:42am, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]