Serdang, 12 Disember - Jabatan Matematik dan Statistik telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Agama Tinggi Al- Rahman pada 07 Disember 2023 bersempena Projek Akhir Tahun Ekspedisi Matematik 2023.
Lawatan yang telah disertai oleh seramai 70 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 ini bertujuan untuk membuka minda pelajar untuk membuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik dalam kehidupan seharian serta memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang persekitaran institusi pendidikan tinggi.
Semoga lawatan ini dapat menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu matematik serta dapat menaikkan semangat mereka untuk lebih berdedikasi dalam pembelajaran.
Tarikh Input: 29/12/2023 |
Kemaskini: 29/12/2023 | norlida_mn
PERKONGSIAN MEDIA