Fakulti Sains Jalankan Temuduga Pengambilan Pelajar BSDP Secara Maya | FAKULTI SAINS
» BERITA » Fakulti Sains Jalankan Temuduga Pengambilan Pelajar BSDP Secara Maya

Fakulti Sains Jalankan Temuduga Pengambilan Pelajar BSDP Secara Maya

Fakulti Sains Jalankan Temuduga Pengambilan Pelajar BSDP Secara Maya

Berita oleh: Sabri Omar 

Dari sifat kebiasaan kepada normal baharu, Pandemik Covid -19 telah mengubah cara temuduga pengambilan pelajar baharu Bacelor Sains Dengan Pendidikan (BSDP) bagi pengambilan sesi pengajian 2020/2021 daripada temuduga secara fizikal sebelum ini kepada kaedah temuduga secara maya atau dalam talian. Menggunakan aplikasi platform Google Meet, temuduga tersebut berlangsung selama lima hari bermula dari 29 Jun hingga 3 Julai 2020.

 

 

Seramai 303 orang calon dari seluruh negara termasuk dari negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan telah menghadiri temuduga secara maya ini yang dipecahkan mengikut program pengajian iaitu BSDP Biologi seramai 61 orang calon temuduga,  Kimia 63 calon,  Fizik 60 calon, Matematik 60 calon dan Statistik 59 calon.

 

Calon-calon temuduga ini adalah mereka yang memohon dan terpilih melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pendidikan Malaysia dari lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Kolej-kolej Matrikulasi KPM dan Pusat Asasi (ASPER) Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Calon-calon yang berjaya dalam temuduga ini akan ditawarkan tempat pengajian di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada semester 1 sesi 2020/2021 yang dijangka bermula 19 Oktober 2020.

 

 

Ketua penilai temuduga, Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz yang juga merupakan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Sains yang ditemui berkata amat berpuashati dengan perjalanan temuduga secara dalam talian ini, walaupun ini adalah kali pertama dijalankan. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua panel penemuduga program-program mengikut jabatan dan pihak IDEC Universiti Putra Malaysia yang berkerjasama dalam memastikan capaian internet tiada gangguan sepanjang temuduga ini. Tidak ketinggalan juga staf Fakulti dan Jabatan yang terlibat secara langsung dalam memastikan kelancaran sesi temuduga ini mencapai matlamat dengan jayanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/07/2020 | Kemaskini: 15/07/2020 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDcTAR~