![]() |
![]() |
![]() |
Fakulti Sains telah berjaya memenangi 29 pingat dari 31 poster penyertaan dalam Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2016 yang telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS), UPM Serdang pada 15 – 16 November 2016.
Penyertaan pameran dari pelbagai kluster penyelidikan itu telah menghasilkan kemenangan 7 pingat emas, 14 perak dan 8 gangsa dari penyelidik Fakulti Sains yang mewakili Jabatan Kimia, Jabatan Fizik, Jabatan Matematik dan Jabatan Biologi.
Disamping itu Fakulti Sains juga telah memenangi Anugerah Penyelidikan Universiti bagi Kategori Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Kategori Penerbitan Makalah Jurnal berdasarkan pencapaian cemerlang penilaian Malaysia Reserch Assessment Instrument (MyRA) tahun 2015.
Hadiah dan pingat kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia pada majlis penutup di Dewan Besar UPM Serdang.
Tarikh Input: | Kemaskini: | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :