Flying Between Continents For Vibrational Spectroscopy Study On Small Plastics | FAKULTI SAINS
» BERITA » Flying Between Continents for Vibrational Spectroscopy Study on Small Plastics

Flying Between Continents for Vibrational Spectroscopy Study on Small Plastics

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, staf universiti, serta wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) telah menghadiri program Sabbatical Sharing anjuran Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini menampilkan perkongsian oleh Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap, Pensyarah Kanan Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM, yang berkongsi pengalaman serta dapatan penyelidikan sepanjang 9 bulan cuti sabatikal beliau sebagai Visiting Research Fellow di Lund University, Sweden.

Dalam pembentangan bertajuk “Flying Between Continents for Vibrational Spectroscopy Study on Small Plastics”, Dr. Rashidi membentangkan hasil dalam kajian mikroplastik menggunakan teknik spektroskopi getaran seperti ATR-FTIR, Raman dan O-PTIR. Selain aspek teknikal, beliau turut berkongsi budaya, amalan kerja, dan kualiti hidup masyarakat Scandinavia, sekali gus memperkaya perspektif peserta tentang ekosistem penyelidikan antarabangsa, kelestarian alam sekitar, dan pemindahan ilmu melalui kolaborasi global.

Peserta yang menghadiri sesi perkongsian.

Penulis:
Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap
Pensyarah Kanan Kimia
Jabatan Kimia, Fakulti Sains,
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 12/01/2026 | Kemaskini: 12/01/2026 | ahmadzaidi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (09:01:33am-09:06:33am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]