Future Biologist 4.0 | FAKULTI SAINS
» BERITA » Future Biologist 4.0

Future Biologist 4.0

SERDANG, 29 Mei – Seramai 20 orang pelajar tahun 4 hingga 6 daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri dan 32 orang pelajar Tingkatan 1 daripada Sri Ayesha Islamic School telah menyertai program Future Biologist Caliphs 4.0 baru-baru ini.

Program itu telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM yang bertujuan untuk merealisasikan konsep biologi dan sains dalam kehidupan seharian.

Program itu telah dikendalikan oleh 42 Ahli Jawatankuasa program Future Biologist Caliphs 4.0 dengan tema “Caliphs Epilogue: Approaching The Biology In Nature”. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ialah “Young Caliphs’ Eco Hunt”, “Mini BioExpo” dan “Fun Bio-Explastida”.

Pada aktiviti terakhir bagi program ini, para peserta disajikan dengan aktiviti “Mini BioExpo” yang mengetengahkan konsep lawatan ke Booth pameran serta para peserta diperkenalkan dengan cabang-cabang ilmu Biologi seperti Ekologi, Fisiologi, Genetik dan Biodiversiti. - UPM

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | adrianaarissya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdIAw~