Serdang, 2 Februari - Seramai 29 pelajar Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM telah berjaya menamatkan dan lulus Google Data Analytics Professional Certificate by Coursera sepanjang Semester Pertama Sesi 2025/2026 di bawah bimbingan Dr. Farid Zamani Che Rose.
Kursus bertaraf antarabangsa ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar dalam bidang analisis data, termasuk proses pembersihan dan penyediaan data, analisis menggunakan Excel, SQL, R dan Tableau, visualisasi data serta komunikasi dapatan secara profesional. Pensijilan ini turut membangunkan kemahiran pemikiran analitikal, penyelesaian masalah berasaskan data dan kesiapsiagaan kerjaya dalam bidang sains data serta analitik industri.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar dalam bidang statistik, analitik dan teknologi data pada masa hadapan. Terus maju dan cemerlang!






Tarikh Input: 20/04/2026 | Kemaskini: 20/04/2026 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :