Jabatan Fizik UPM Raih Pengiktirafan Cemerlang Di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 | FAKULTI SAINS science
» BERITA » Jabatan Fizik UPM Raih Pengiktirafan Cemerlang di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026

Jabatan Fizik UPM Raih Pengiktirafan Cemerlang di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026

Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada warga jabatan yang telah mengharumkan nama Jabatan Fizik melalui penerimaan pelbagai pengiktirafan berprestij sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 yang telah berlangsung pada 19 Mei 2026 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Antara penerima pengiktirafan ialah Puan Noor Farizatul Shida Abdul Rahman yang telah menerima Anugerah Setia Putra, iaitu pengiktirafan yang dianugerahkan kepada warga universiti yang telah menabur bakti dan menunjukkan kesetiaan serta komitmen tinggi sepanjang tempoh perkhidmatan. Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan sumbangan berterusan beliau sepanjang 20 tahun perkhidmatan di UPM.

Selain itu, beberapa warga Jabatan Fizik turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan terhadap prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi serta sumbangan berterusan dalam memacu kecemerlangan jabatan dan universiti. Penerima anugerah tersebut ialah:

  • Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik (Ketua Jabatan)
  • Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen (Ketua Makmal)
  • Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid (Pengetua)
  • Prof. Madya Dr. Lim Kean Pah
  • Dr. Nizam Tamchek
  • Puan Amira Nur Hamzah
  • Puan Wan Nor Najwa Zahira Wan Md. Nasir

 

Penganugerahan ini membuktikan komitmen, kepimpinan dan dedikasi tinggi mereka dalam memperkukuh kecemerlangan Jabatan Fizik khususnya dalam aspek akademik, penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran.

Turut membanggakan, Dr. Tan Sin Tee telah menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor (Anugerah Khas Akademia Putra) Kategori Pengajaran, Pengajar Muda (Sains Tulen) sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan beliau dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Anugerah ini turut mengiktiraf warga akademik yang menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam pengajaran serta memberi impak signifikan terhadap pembangunan pelajar.

Seluruh warga Jabatan Fizik amat berbangga dengan pencapaian yang diraih dan berharap kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk mengekalkan budaya kerja cemerlang, berinovasi serta terus menyumbang kepada kecemerlangan universiti.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memartabatkan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan di Universiti Putra Malaysia.

 

     
         
   
         
     

 

Penerima-penerima anugerah dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM bersama YBhg. Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Bin Mohd Sadullah FASc, Naib Canselor UPM, sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026.

Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 22/05/2026 | harithdaniel

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
X, (10:52:34am-10:57:34am, 04 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]