Jabatan Fizik UPM Sertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2025 Di KLCC | FAKULTI SAINS science
» BERITA » Jabatan Fizik UPM Sertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2025 di KLCC

Jabatan Fizik UPM Sertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2025 di KLCC

Sesi Fotografi YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor bersama 15 wakil universiti termasuklah Ketua Jabatan Fizik, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik di Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2025, KLCC.

 

Jabatan Fizik UPM telah membawa delegasi seramai 35 orang pelajar bersama beberapa pensyarah pengiring, termasuk Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik, untuk menyertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2025 yang berlangsung di KLCC pada 8 hingga 11 Oktober 2025.

Acara berprestij ini menghimpunkan pelbagai syarikat terkemuka dalam industri semikonduktor seperti Infineon, Texas Instruments, STMicroelectronics, AMD, Supermicro dan banyak lagi. Ia memberi peluang besar kepada para pelajar untuk memohon pekerjaan dan latihan industri (internship) secara terus dengan wakil industri, selain mendapatkan pendedahan mengenai perkembangan dan prospek kerjaya dalam sektor teknologi tinggi ini.

Program ini turut dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, yang menekankan kepentingan pembangunan bakat tempatan dalam menyokong pertumbuhan industri semikonduktor negara. Penyertaan ini bukan sahaja membuka ruang jaringan profesional buat pelajar Jabatan Fizik UPM, malah memperkukuh hubungan akademia-industri ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan pasaran kerja masa kini.

 

 

Sorotan gambar warga Jabatan Fizik UPM di Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2025, KLCC

Tarikh Input: 14/10/2025 | Kemaskini: 14/10/2025 | harithdaniel

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
X, (07:29:23pm-07:34:23pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]