Seramai 526 pelajar Fakulti Sains telah dikurniakan ijazah bacelor, ijazah Sarjana (Master) dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) sempena Majlis Konvokesyen ke-41 Universiti Putra Malaysia yang telah berlangsung dari 4 – 7 November 2017 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) Universiti Putra Malaysia Serdang.
Dari jumlah tersebut 51 orang dikurniakan PhD, 53 orang Master Sains, 9 orang Master Statistik. Bagi program Sarjanamuda, seramai 413 orang telah dikurniakan ijazah masing-masing yang merangkumi 339 orang menerima Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dan 74 orang menerima Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Kepujian).
Majlis konvokesyen UPM ke-41 ini merekodkan keseluruhan seramai 6500 orang graduan dikurniakan ijazah doktor falasafah, ijazah sarjana, ijazah sarjanamuda dan diploma.
Pengurniaan ijazah pada konvokesyen kali ini yang bertemakan ihsan, kecemerlangan & cabaran telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UPM dan Pro Canselor-Pro Canselor UPM.
Berita/Gambar: Sabri Omar
Tarikh Input: 08/11/2017 | Kemaskini: 08/11/2017 | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :