Majlis Perasmian ΣTATEXPLORE 2025 Meriah Sempena Hari Statistik Negara 2025 | FAKULTI SAINS science
» BERITA » Majlis Perasmian ΣTATEXPLORE 2025 Meriah Sempena Hari Statistik Negara 2025

Majlis Perasmian ΣTATEXPLORE 2025 Meriah Sempena Hari Statistik Negara 2025

Serdang, 23 Oktober 2025 – Majlis Perasmian ΣTATEXPLORE 2025 sempena sambutan Hari Statistik Negara 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar Al-Khawarizmi, Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program yang bertemakan “Statistik dalam Era AI: Menjana Pembangunan Lestari dan Inovasi” ini dianjurkan oleh Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan statistik dalam pembangunan negara, khususnya dalam konteks kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang Oktober hingga Disember 2025, melibatkan penglibatan pelajar, staf dan komuniti kampus. Antara program utama yang bakal menyusul termasuk STATCONNECT, STATINSIGHT DATATHON, dan STATRUN 2025.

Jabatan Matematik dan Statistik merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan turut menjayakan majlis perasmian ini. Diharapkan penganjuran ΣTATEXPLORE 2025 akan terus menyemarakkan minat terhadap bidang statistik serta memperkukuh peranan ilmu data dalam pembangunan lestari dan inovasi masa depan.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 27/10/2025 | norlida_mn

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (08:42:07am-08:47:07am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]