SERDANG 19 Disember, – Majlis Apresiasi Kecemerlangan Mahasiswa Jabatan Fizik atau lebih dikenali sebagai MAKeF merupakan sebuah program bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan para pelajar Jabatan Fizik yang berjaya memperoleh pencapaian cemerlang dalam aspek akademik, kepimpinan, kokurikulum, dan keusahawanan.

Ucapan daripada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik, Ketua Jabatan Fizik
Penganjuran MAKeF mencerminkan komitmen Jabatan Fizik dalam melahirkan graduan yang komprehensif, seimbang dan berdaya saing. Melalui penganugerahan ini, para pelajar yang telah berusaha gigih sepanjang pengajian diberi pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaian mereka, sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain.
Antara anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Inspirasi Akademik Abdul Halim Shaari, Anugerah Aspirasi, Anugerah Quantum Leap, Anugerah Perdana Siswa. Anugerah utama MAKeF iaitu Anugerah Tokoh Siswa Fizik Sidek Ab Aziz yang telah dimenangi oleh Ahmad Danish Iskandar bin Mohd Fadzil telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, Timbalan Dekan Pembangunan dan Jaringan, Fakulti Sains.
MAKeF 2025 turut memperkenalkan tiga anugerah baharu, iaitu Anugerah Teras Bakti, Anugerah Bitara Optik dan Anugerah Bitara Sinaran yang dipertandingkan buat julung kalinya. Setiap anugerah diberikan berdasarkan kriteria tertentu yang menilai usaha, komitmen serta impak pelajar terhadap jabatan dan komuniti.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Sesi penyampaian anugerah kepada penerima anugerah telah berlangsung dengan penuh istiadat sebagai simbol pengiktirafan kecemerlangan pelajar Jabatan Fizik.
Majlis ini turut berperanan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan jabatan, pensyarah dan pelajar. Selain itu, MAKeF diharapkan dapat menyemai semangat kecemerlangan dan budaya persaingan sihat dalam kalangan pelajar Jabatan Fizik.
Ketua Jabatan Fizik, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik dalam ucapannya menegaskan bahawa penganugerahan yang dilaksanakan sepanjang majlis ini jelas mencerminkan pendekatan holistik MAKeF, yang tidak hanya menilai kecemerlangan berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut mengambil kira sumbangan, bakat dan potensi pelajar Jabatan Fizik dalam pelbagai bidang. Pendekatan ini selari dengan slogan MAKeF, “Memperkasa Potensi, Memacu Prestasi Gemilang” yang menjadi teras kepada penganjuran majlis ini saban tahun.
Disediakan oleh: Evia Aisya binti Riza Nor Azrin
Tarikh Input: 16/01/2026 | Kemaskini: 16/01/2026 | harithdaniel

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :