Pelajar Jabatan Matematik Dan Statistik Raih Top 5 Di UMDAC DATATHON 2024 | FAKULTI SAINS
» BERITA » Pelajar Jabatan Matematik dan Statistik Raih Top 5 di UMDAC DATATHON 2024

Pelajar Jabatan Matematik dan Statistik Raih Top 5 di UMDAC DATATHON 2024

Kuala Lumpur, 30 Januari - UMDAC Datathon 2024 merupakan acara anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Acara ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka dan menyelesaikan cabaran dunia sebenar menggunakan teknik sains data. Menggabungkan elemen analisis data, peserta berpeluang menghasilkan pemodelan statistik, dan visualisasi data dalam menangani masalah kompleks dan menghasilkan solusi yang praktikal. Dengan tema memacu pemikiran kreatif dan kritis, acara ini membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan teori ke dalam situasi dunia sebenar.
 
Dalam Datathon ini, pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian daripada Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM, Jess Ho Jia Qian, Then Yick Jing, dan Tacia Tai Dien Rui, bersama pensyarah pembimbing mereka, Dr. Syafrina Abdul Halim dengan kumpulan yang diberi nama Central Limit Legends telah berjaya meraih tempat saguhati dan membawa pulang wang tunai RM300. Fokus kumpulan ini adalah pada analisis data mata wang kripto untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi pergerakan harga dan membangunkan sistem perdagangan yang inovatif.
 
UMDAC Datathon 2024 telah menjadi platform untuk mengasah bakat anak muda ini dalam bidang sains data serta mencetuskan solusi yang berpotensi mengubah landskap analisis data dan pasaran mata wang kripto. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga kecemerlangan ini dapat memangkin semangat pelajar yang lain untuk bersama melakar kejayaan di masa akan datang.
 
 
 

Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | norlida_mn

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (03:00:36am-03:05:36am, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]