PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA STAF FAKULTI SAINS | FAKULTI SAINS
» BERITA » PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA STAF FAKULTI SAINS

PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA STAF FAKULTI SAINS

SERDANG, 26 MEI 2021-Meskipun Aidilfitri kali ini hanya disambut dengan penuh kesederhanaan tanpa aktiviti kunjungan secara fizikal, namun itu tidak membataskan hubungan sesama saudara secara virtual. Oleh yang demikian , pada tanggal 21 Mei 2021 satu perjumpaan telah diadakan antara Dekan bersama staf Fakulti Sains secara atas talian menggunakan platform Zoom.

Antara intipati perjumpaan adalah pemakluman kepada semua staf berkenaan pertukaran nama Jabatan Matematik kepada Jabatan Matematik dan Statistik. Selain itu, Dekan juga menyuarakan agar setiap jabatan melakukan pembaharuan di jabatan masing-masing. Pada ruangan ini juga staf mengambil peluang untuk berkongsi pandangan berkenaan perkara berkaitan komitmen tugas dan lain-lain.

Pihak pengurusan juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya dan memohon maaf di atas kesilapan sepanjang memegang tampuk pentadbiran sehingga hari ini. Staf fakulti juga diberi peluang untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya sebelum perjumaan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Perjumpaan Dekan bersama staf ini dihadiri kira-kira 100 orang terdiri daripada staf akademik dan staf pelaksana.

Tarikh Input: 26/05/2021 | Kemaskini: 26/05/2021 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdEA5~