
12 Oktober 2024 - Hampir 6 tahun sudah berlalu, buat julung kalinya pada tahun ini pertandingan boling KWK diaktifkan semula untuk memberi peluang kepada ahli jabatan menunjukkan bakat yang telah terpendam selama ini. Walaupun semester baru akan bermula pada minggu hadapannya. Namun begitu, itu tidak mematahkan semangat kesukanan yang berkobar-kobar di kalangan ahli jabatan kimia. Bersempena dengan tarikh yang sama dengan Hari Sukan Malaysia, tarikh keramat 12hb Oktober ini dipilih untuk memberi peluang kepada staf jabatan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli dan juga keluarga yang turut hadir bersama-sama menyertai pertandingan ini. Dianggarkan seramai 70 orang yang telah hadir dan 44 org yang telah bertanding pada hari tersebut untuk memenangi hadiah yang boleh dikatakan cukup lumayan.
Pertandingan ini dimulakan dengan balingan bola boling pertama dari Pengerusi KWK, iaitu Prof. Madya Dr Bimo Ario Tejo dan seterusnya memberi makna pertandingan bermula. Selepas hampir 2-3 jam berlalu, bertarung dengan 3 set permainan, sengal-sengal tangan dan kaki lenguh mula terasa, balingan “longkang” sudah tak terkira, keriuhan, keseronakan pekikan ahli jabatan sentiasa bergema, ianya memberikan erti semangat kemenangan sentiasa bergejolak, akhirnya keputusan para pemenang yang ditunggu-tunggu berjaya dihasilkan. Penyampaian hadiah disempurnakan dengan pemberian hadiah kepada semua pemenang oleh pengerusi kelab, Dr Bimo dan juga Ketua Jabatan Kimia, Prof Madya Dr. Emilia Malek. Tahniah kepada semua pemenang!!!
Majlis ditutup dengan sedikit ucapan dari PM Dr Emilia. Selain dari itu, semua ahli jabatan tidak pulang dengan tangan kosong kerana sedikit cenderamata diberikan dan makan tengahari disediakan. Moga semua ahli KWK pulang dengan kegembiraan dan kepuasan yang terukir di wajah selepas pertandingan ini. Insha Allah, kita jumpa di acara-acara seterusnya.
*Penulis masih lagi mengalami sakit lutut sehingga sekarang akibat dari lamanya tidak bermain boling.

Perasmian dilaksanakan dengan balingan strike oleh PM Dr Bimo menandakan pertandingan bermula.

Semua ahli KWK dan keluarga bergambar bersama-sama selepas pertandingan.

Pemenang tempat ke-5

Pemenang tempat-4. Alumni Jabatan, iaitu En Zainal turut hadir dan tidak pulang dengan tangan kosong.

Pemenang tempat ke-3

Pemenang tempat ke-2

Juara kejohanan boling tahun 2024.

Piala pusingan Juara keseluruhan 2024 diserahkan.

“Best women and men score’ dimenangi oleh pasangan keluarga iaitu adik Nuraina, dan Dr Halim sendiri.

Team paling havoc kali ini. Digambarkan sorakan mereka boleh didengar sehingga ke Jabatan Kimia, UPM.
Disediakan oleh: ChM. Dr. Mohd Izham Saiman
Tarikh Input: 01/11/2024 | Kemaskini: 01/11/2024 | hidayahsaleh

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :