Serdang, 11 September 2024 - Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM telah menyambut baik lawatan penanda aras berkaitan program akademik Jabatan selama satu hari dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya ChM. Dr. Joazaizulfazli Jamalis, Ketua Jabatan Kimia UTM serta dihadiri 16 pegawai lain terdiri daripada ketua bidang, pensyarah dan pegawai sains. Antara tujuan diadakan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai program akademik Jabatan, sistem sokongan makmal, aktiviti mobiliti pelajar dan lain-lain urusan program yang berkaitan. Lawatan disambut mesra oleh Ketua Jabatan Kimia, UPM iaitu Prof. Madya Chm. Dr Emilia Abd Malek dan penyelaras Program lawatan, Prof. Madya Dr. Shahrul Ainliah Alang Ahmad serta jawatankuasa terlibat.

Sesi perkongsian diadakan di sebelah pagi meliputi struktur kurikulum bagi program Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian, Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian dan Master Kimia Analisis (kerja kursus), pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan program dan latihan berkaitan pengajaran dan diikuti sesi soal jawab dan perbincangan. Manakala pada sebelah petang diadakan sesi melawat makmal penyelidikan, pengajaran dan fasiliti. Lawatan ini berakhir pada pukul 4 petang dengan penerimaan maklum balas positif daripada pegawai UTM. Diharap sesi perkongsian program dapat membantu Jabatan Kimia, UTM dalam penambahbaikan pengurusan program.




Tarikh Input: 20/09/2024 | Kemaskini: 20/09/2024 | adib.yusof

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :