Program Statswalk Sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2024 | FAKULTI SAINS
» BERITA » Program Statswalk Sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2024

Program Statswalk Sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2024

2 Disember, Serdang - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains telah menganjurkan Program StatsWalk pada 15 November 2024 (Jumaat) bertempat di sekitar jalan di dalam Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Serdang.
 
Seramai 124 pelajar prasiswazah tahun satu Jabatan Matematik dan Statistik, 14 fasilitator dan 22 staf Jabatan Matematik dan Statistik telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Melalui Program StatsWalk, pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan konsep asas statistik secara langsung melalui aktiviti pembelajaran aktif yang dijalankan di sekitar kampus UPM. Dengan cara ini, pelajar tidak hanya mempelajari teori di dalam bilik kuliah, tetapi juga mengasah kemahiran praktikal yang diperlukan dalam statistik seperti pemerhatian, pencatatan data dan interpretasi maklumat secara langsung.
 
Semoga aktiviti yang dijalankan ini memberi manfaat kepada pelajar serta menjadikan pembelajaran statistik lebih menarik, relevan, dan mudah diingati.
 
 
 
 

Tarikh Input: 31/12/2024 | Kemaskini: 22/01/2025 | adib.yusof

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (05:42:15am-05:47:15am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]