SAINS GEMILANG DENGAN KARNIVAL JOM SAINS 2022 | FAKULTI SAINS
» BERITA » SAINS GEMILANG DENGAN KARNIVAL JOM SAINS 2022

SAINS GEMILANG DENGAN KARNIVAL JOM SAINS 2022

 

Oleh: Muhammad Hafizzudin Ibrahim

SERDANG – Sebanyak 32 buah sekolah dengan penglibatan seramai 1,345 orang peserta yang terdiri daripada pelajar peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan mahasiwa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai program KARNIVAL JOM SAINS 2022 yang telah dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains (FaSSA), UPM. Program yang dianjurkan pada 21-22 Jun 2022 ini telah meraih penyertaan dari pelbagai negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Program yang telah berlangsung selama 2 hari ini dengan bertemakan “The Rise of The Glorious Young Scientists" diadakan di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. KARNIVAL JOM SAINS 2022 menyediakan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik seperti DIY Science Workshop, STEM Exhibition, STEM Outdoor Challenge, Putra Science Olympiad, 4 Minutes Duo Science Talk, Putra Science Video Challenge dan Science Gallery. Karnival turut dimeriahkan dengan gerai jualan yang merangkumi cenderamata, makanan dan minuman. Aktiviti dan pertandingan bukan sahaja dapat memberi pengalaman dan ilmu baharu dalam bidang (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) atau ringkasannya STEM kepada peserta, malah peserta juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan mengamalkan persaingan yang sihat.

Turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia susulan lawatan ke karnival serta Prof. ChM. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, FASc, FRSC, FIAAM, Dekan Fakulti Sains yang turut hadir untuk merasmikan majlis penutupan KARNIVAL JOM SAINS 2022 pada 22 Jun 2022. Pengarah program, Nor Izwan Hakimi Bin Nor Azmi menyatakan bahawa program ini mampu menjadi penanda arah buat peserta dalam mendalami bidang sains dalam kehidupan seharian.

“Saya mengharapkan bahawa para peserta dapat mengumpul ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran sebanyak mungkin sepanjang program ini berlangsung. Penerapan ilmu STEM perlu diterap semasa usia muda. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” katanya – UPM

Tarikh Input: 05/07/2022 | Kemaskini: 12/07/2022 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETQA2~