Serdang, 3 Mac - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM telah menganjurkan seminar bulanan pada 22 Januari 2025, bertajuk “Solving Fractional Integro-Differential Equations Using Polynomial Neural Network Methods”. Seminar ini telah diadakan di Bilik Seminar Al-Khawarizmi dari 3.00 PM hingga 4.00 PM dan disampaikan oleh Khawthar Alsa'di, seorang pelajar pascasiswazah daripada Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM.
Seminar ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik terkini dalam menyelesaikan persamaan integro-perbezaan pecahan menggunakan kaedah rangkaian neural polinomial. Persamaan integro-perbezaan pecahan adalah cabaran yang semakin mendapat perhatian dalam penyelidikan matematik kerana aplikasi mereka dalam pelbagai bidang seperti fizik, kejuruteraan, dan ekonomi. Penceramah juga membincangkan pendekatan matematik dan aplikasi praktikal kaedah ini, memberikan peserta pemahaman yang lebih mendalam mengenai kaedah penyelesaian moden untuk masalah matematik kompleks.
Seminar ini telah dihadirai oleh pelajar, penyelidik, dan profesional yang berminat untuk mendalami bidang ini. Diharapkan program ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk belajar dan bertukar pandangan mengenai topik yang sangat relevan dalam matematik moden.



Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :