Serdang, 10 Mac - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM telah menganjurkan seminar pada 06 Februari 2025, bertajuk “Growing Polyharmonic Functions and Phragmen-Lindelof Type Theorems”. Seminar ini diadakan di Bilik Seminar Al-Khawarizmi, Jabatan Matematik dan Statistik, pada pukul 3.00 PM hingga 4.00 PM dan disampaikan oleh Ms. Jurayeva Umidakhon dari Samarkand State University, Uzbekistan.
Seminar ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep fungsi poliharmonik yang berkembang dan teori-teori jenis Phragmen-Lindelof yang berkaitan. Fungsi poliharmonik adalah satu cabang dalam analisis matematik yang mempelajari fungsi yang memenuhi persamaan poliharmonik dan mempunyai banyak aplikasi dalam pelbagai bidang seperti fizik matematik dan teori potensi. Penceramah juga telah membincangkan beberapa teorem Phragmen-Lindelof, yang sering digunakan dalam menganalisis sifat-sifat fungsi dalam domain yang tidak terbatas.
Seminar ini mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran daripada pelajar, penyelidik, dan profesional yang berminat dalam bidang analisis matematik. Diharapkan seminar ini dapat memberikan peserta pemahaman yang lebih mendalam mengenai topik ini serta membuka peluang untuk kolaborasi penyelidikan dalam bidang tersebut.



Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :