Seminar Sains Matematik Dan Statistik 2025 (MSSS2025) | FAKULTI SAINS
» BERITA » Seminar Sains Matematik dan Statistik 2025 (MSSS2025)

Seminar Sains Matematik dan Statistik 2025 (MSSS2025)

24 Mac - Seminar Sains Matematik dan Statistik 2025 (MSSS2025) telah berlangsung pada 24 hingga 25 Februari 2025, bertempat di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia dan Bangi Golf Resort. Seminar hybrid ini bertemakan “Driving the Future: The Role of Mathematics and Statistics in Digital and AI-Enabled Technologies” yang menekankan peranan penting matematik dan statistik dalam perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Acara tahunan ini dianjurkan oleh Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM, bersama Universitas Hasanudin (UNHAS) dan Universitas Padjadjaran (UNPAD) dari Indonesia. Seminar ini telah menampilkan pakar-pakar dalam bidang matematik dan statistik yang berkongsi pengetahuan dan kajian terkini mengenai bagaimana kedua-dua bidang ini menyokong kemajuan teknologi digital dan AI.

Seramai 50 pembentang dari pelbagai latar belakang, termasuk pelajar, penyelidik, dan profesional, berjaya membentangkan hasil penyelidikan mereka di dalam seminar ini. Seminar ini juga menyediakan platform untuk kolaborasi antarabangsa dalam memperkukuh penyelidikan dan inovasi dalam bidang matematik dan statistik.

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | norlida_mn

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
F, (02:01:43am-02:06:43am, 12 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]